Wednesday, March 9, 2011

Dana Sekolah

Alhamdulillah...
Perkembangan sekolah semakin hari semakin baik InsyaALLAH...Semoga Allah merahmati semua anak-anak yang bakal bergelar hafiz ini.



Beberapa usaha telah dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk menjana dana sekolah. Jika mahu diharapkan dengan yuran pelajar setiap bulan, pastinya tidak mampu untuk mentadbirkan sekolah ini.

Dengan itu, kami berusaha untuk mendapatkan sumbangan sampingan. SMTT3i sekarang ada mengeluarkan air mineral yang telah dibacakan asmaul husna dan ma'thurat serta surah-surah pilihan.
Air ini dibacakan oleh para pelajar dan juga guru-guru SMTT3i. Ini adalah salah satu usaha kami untuk menambah dana. Sebotol kecil RM3 (600ml), dan botol besar RM5 (1.5 Liter).

Air ini dikendalikan oleh Tafz Shop yang diuruskan oleh pihak SMTT3i.
Jika anda berminat untuk membantu usaha menambah dana sekolah ini, boleh hubungi pihak sekolah. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah. InsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment