Wednesday, December 28, 2011

Allah Al-Muhaimin






Ya Allah Ya Muhaimin Yang Maha  Memelihara. Dia memelihara hidup manusia
Daripada bahaya dan bencana. Dia memelihara manusia daripada
Tergelincir dari jalan kebenaran dan daripada mengikut bisikan syaitan serta
Memelihara hamba2 yang beriman daripada api neraka.


Menghayati sifat Al-muhaimin akan menjadikan seseorang cuba sedaya
Upaya memelihara kesejahteraan manusia lain agar manusia selamat dunia dan
Akhirat. Memelihara manusia lain daripada terpesong dari kebenaran dengan
Kerja2 da’wah.


Manusia harus memohon pemeliharaan daripada Allah daripada bencana dunia dan
Akhirat, Makhluq tidak mampu memelihara melainkan dengan pertolongan dan
Izin Allah Ya Muhaimin. Manusia harus bergantung penuh kepada Allah
Ya Muhaimin demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Saturday, December 17, 2011

Pengenalan Pra Tahfiz Teknologi 3i


Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, sehari lagi kita dapat bernafas dalam keadaan yang penuh sempurna, nikmat daripada Allah Al-Hayy. NikmatNya yang tak pernah putus untuk syukuri. Menyedari betapa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak untuk didedahkan dengan ilmu - ilmu Islam, maka pihak kami telah berusaha untuk menubuhkan satu pusat pendidikan kanak-kanak yang diberi nama Pra Tahfiz Teknologi Al-Wahidah.

Bakal bertapak di B28-1, Jalan Danau Lumayan 1, Danau Lumayan Biz Centre, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. 

Pra Tahfiz Teknologi Al-Wahidah di bawah kelolaan Three I akan mula beroperasi pada tahun hadapan.
Dengan membawa visi melahirkan generasi yang seimbang dari aspek spritual, intelektual, emosi dan fizikal melalui sistem pendidikan yang bersifat holistik dan global. 

Misi Pra Tahfiz ini adalah Melahirkan sahsiah unggul dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa bersumberkan sistem pendidikan Rabbani.

Melahirkan insan seimbang berteraskan prinsip 3i (Islam-Iman-Ihsan)

Mewujudkan suasana pembelajaran berasaskan sains dan teknologi terkini bagi merangsang kreativiti, inovasi dan daya cipta. 



InsyaALLAH, dengan doa kalian semoga usaha ini dapat berjalan dengan lancar. Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi nombor berikut:
019-947 8644
013- 701 2058
019- 336 7780

Monday, December 5, 2011

Taklimat SMTT3i di Cheras

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, sehari lagi Allah mengizinkan kita hidup di atas muka bumiNya. Setinggi-tinggi syukur kepada ALLAH AL-Hayyi & Al-Muhyi.

Para pelajar hari ini sekali lagi diberi nikmat oleh Allah untuk berpuasa sunat. Puasa sunat pada hari ini adalah sempena 9 Muharram dan esok sehari lagi juga kita disunatkan untuk berpuasa. Alhamdulillah.

Untuk makluman semua, SMTT3i akan mengadakan 1 hari khas untuk sesi taklimat, termasuk pendaftaran dan sesi interview kepada mereka yang berminat. Maklumatnya adalah seperti berikut:
Tarikh: 31 Disember 2011
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SMTT3i, Surau Al-Amin, Jalan Ikhlas 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Manakalah untuk di SMTT3i Temerloh Maklumatnya adalah sama seperti yang telah saya post kan sebelum ini.

Kami mengalu-alukan kehadiran semua untuk kita sama-sama berkongsi perkara yang bermanfaat.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi no.telefon yang telah diberikan sebelum ini.

Terima kasih atas kerjasama semua
Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.

Sunday, November 20, 2011

Pendaftaran dibuka untuk 2012

Assalamualaikum wbr

Dengan sukacitanya dimaklumkan, pendaftaran Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i telah dibuka.
Pendaftaran terbuka untuk lelaki sahaja setakat ini. Tempat adalah terhad.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh datang ke pejabat SMTT3i beralamat: Surau Al-Amin, Jalan Ikhlas 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Boleh juga hubungi:
Tn.Hj. Mohamed: 016-295 3756
Ustaz Hj.Azhar: 019-330 1197

Sekolah Menengah Tahfiz Integriti 3i- Rangkaian SMTT3i juga telah dibuka pendaftarannya. maklumat lanjut blh  hubungi Tn.Hj. Suhardiman: 013-9356596 . Sekolah ini bertapak di Temerloh.

Sekian. Terima Kasih.

Cuti Sekolah November 2011

Alhamdulillah..

Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar SMTT3i. Mereka telah mula bercuti pada 17hb November dan akan kembali semula ke sekolah pada 28hb November. Kemudian mereka akan menghadiri kelas seperti biasa dan akan kembali bercuti pada hujung Disember nanti. Semoga mereka dapat memanfaatkan cuti ini dengan sebaiknya.

Semoga cuti ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Seperti biasa, mereka diingatkan agar menjaga hafalan dan membaca Al-Quran setiap hari agar Al-Quran sebati dalam kehidupan seharian mereka.

Tuesday, October 25, 2011

PENDAFTARAN BARU- SMTT3i RANGKAIAN TEMERLOH


Assalamualaikum wbr


Semoga kalian semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah hendaknya.

InsyaAllah, SMTT3i akan melebar luaskan jaringannya dengan membuka satu rangkaian pendidikan swasta di Temerloh.

Berikut adalah maklumat untuk Pendaftaran dan Taklimat:

TARIKH: 24 DISEMBER 2011 (Sabtu)

MASA: 10.00 Pagi

TEMPAT: Sekolah Menengah Tahfiz Integrasi 3i, Temerloh
Lot 2061, Kampung Padang Lalang, Jalan Maran,
28000 Temerloh, Pahang.

**Semua dijemput hadir.

Monday, October 10, 2011

AIR PENAWAR BACAAN 30 JUZU' AL-QURAN & ASMAUL HUSNA


Assalamualaikum wbr

Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i telah mengeluarkan air penawar yang mana salah satu objektifnya adalah untuk menjana kewangan SMTT3i. 

Air ini telah dibacakan oleh para pelajar SMTT3i pada satu masa yang telah dikhaskan.

Air ini dikeluarkan dalam 2 bentuk, Botol kecil dan botol besar. Botol kecil bersaiz 600ml dan botol besar bersaiz 1.5Liter. Harganya setiap satu ialah RM 3 dan RM 5. 

Kami mengalu-alukan kepada mereka yang berminat untuk mengedarkan air ini ditempat mereka. 
Semoga dengan sedikit usaha ini akan diredhai Allah.



Monday, October 3, 2011

Majlis Jamuan Rumah Terbuka SMTT3i

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt kerana telah mengizinkan pihak SMTT3i melaksanakan  majlis rumah terbuka ini dengan lancar. Tahniah dan jutaan terima kasih buat semua yang telah banyak membantu melancarkan majlis ini. Walaupun kecil sumbangan kalian, tetapi ia melengkapkan antara satu sama lain. 

Majlis bermula sekitar jam 10 pagi. Majlis Pelancaran Tabung Dana Infrastruktur SMTT3i telah dirasmikan oleh penasihat SMTT3i, Dr. Wan Maseri bt Wan Mohd sekitar jam 12tengahari. Waktu yang paling ramai tetamu hadir ialah sekitar jam 12.30 tengahari. Kebanyakan tetamu yang hadir adalah ibubapa dan keluarga para pelajar serta warga sekitar Surau Al-Amin serta kakitangan 3i Group. 

Semoga majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Kemeriahan dan kemesraan terasa dengan bekerjasama dalam menjalankan majlis ini. Semoga kita semua dirahmati dan sentiasa di bawah bimbingan Allah. InsyaAllah.

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat diambil ketika majlis berlangsung.















Tuesday, September 20, 2011

Majlis Jamuan Hari Raya 1432h

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, semua pelajar sudah selesai bercuti dan sekarang telah kembali ke SMTT3i bagi menyambung pelajaran mereka. Setelah 2 minggu bercuti, para pelajar kini telah mula melakukan aktiviti harian mereka di asrama, riadhah, menghafaz al-quran, dan sebagainya.

InsyaAllah pihak pentadbiran sekolah akan mengadakan jamuan hari raya untuk meraikan dan menghargai mereka yang pernah dan sedang bekerjasama dengan kami.

Maklumat majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 25 September 2011 (Ahad)
Masa: 10 pagi- 2 petang
Tempat: Surau Al-Amin, Jalan Ikhlas 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, KL

Semua ibubapa dan kakitangan, serta orang ramai juga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir.

Thursday, September 8, 2011

Sesi penyampaian cenderahati SMTT3i

 Alhamdulillah, pada 25 Ramadhan yang lalu, SMTT3i telah mengadakan majlis penyampaian cenderahati kepada kakitangan dan para pelajar. Dibawah adalah beberapa keping gambar ketika majlis berlangsung.








Majlis bermula selepas asar dan ditamatkan dengan majlis berbuka puasa bersama-sama. Selepas solat tarawikh para pelajar dibenarkan pulang bersama keluarga mereka. Mereka bermula cuti pada 26 Ogos dan akan kembali semula ke sekolah pada 11 September nanti.

Monday, August 29, 2011

Majlis khatam Al-Quran Surau Al-Amin

 Majlis Khatam Al-Quran telah di anjurkan oleh Surau Al-Amin pada 24 Ogos selepas solat tarawikh.
dibawah adalah gambar sekitar majlis tersebut.







Penyampaian cenderahati daripada pihak surau kepada Imam jemputan Ramadhan- Ustaz Abd Muhaimin Mustafa yang balik bercuti daripada Madinah. 



Mohd Aliff Danial menerima cenderahati daripada Pengerusi Surau kerana bertugas sebagai bilal mewakili SMTT3i

Mohd Ikmal- menerima cenderahati sebagai bilal tarawikh surau al-amin

 Anwar juga menerima cenderahati sebagai bilal tarawikh

Sumbangan daripada pengerusi Surau Al-Amin kepada pengerusi SMTT3i.

Terima kasih kepada mereka yang menjayakan majlis khatam Al-Quran Surau Al-Amin ini.

Sunday, August 28, 2011

Sumbangan daripada Angkasa

 
Alhamdulillah, Rezeki kurniaan Allah tidak pernah putus2 semasa Ramadhan tahun ini. Ini adalah tahun pertama Ramadhan untuk SMTT3i yang berada di Surau Al-Amin. Sumbangan yang diberikan oleh Angkasa ini adalah sumbangan zakat mereka untuk anak2 yatim di Bandar Tun Razak, para pelajar SMTT3i, pihak surau dan pihak sekolah. 

Semoga Allah memberkati mereka dan menambahkan rezeki mereka. Majlis ini berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan para penerima sumbangan. Terima kasih atas kerjasama semua yang menjayakan majlis ini.