Wednesday, March 2, 2011

Aktiviti Hari Minggu....

Assalamualaikum wbr..
Alhamdulillah, Setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana telah banyak melimpahkan nikmatnya kepada kita. 


Baru-baru ini pada 26 Februari 2011, hari sabtu lepas, para pelajar SMTT3i telah dijemput untuk menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan. Alhamdulillah, mereka dapat menyertainya dengan baik. Ini adalah pengalaman baru bagi mereka. SMTT3i adalah mewakili Surau Al-Amin. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan sebelum perarakan bermula.

 Ini adalah beberapa kumpulan atau badan-badan lain yang turut sama mengambil bahagian dalam perarakan ini.

 Sedang menunggu masa untuk berarak


 Terima kasih kepada yang tolong pegang sepanduk ini..hehe.. Adam dan Nabawi...








Seterusnya, pada petang itu, mereka telah dijemput untuk membuat persembahan nasyid di majlis walimah Ustaz Affendi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Tun Razak. Ini adalah persembahan kedua buat mereka. Cikgu Aizat, guru Nasyid mereka hanya memerhatikan sahaja dari luar dewan dan kami semua mengharapkan mereka buat yang terbaik. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang membantu.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam.



Yang main kompang tu Daud dengan Faez rasanya...


Selepas buat persembahan, ramai yang ikut ibubapa mereka pulang ke rumah. Hanya tinggal beberapa orang sahaja di asrama.

No comments:

Post a Comment