Monday, August 29, 2011

Majlis khatam Al-Quran Surau Al-Amin

 Majlis Khatam Al-Quran telah di anjurkan oleh Surau Al-Amin pada 24 Ogos selepas solat tarawikh.
dibawah adalah gambar sekitar majlis tersebut.







Penyampaian cenderahati daripada pihak surau kepada Imam jemputan Ramadhan- Ustaz Abd Muhaimin Mustafa yang balik bercuti daripada Madinah. 



Mohd Aliff Danial menerima cenderahati daripada Pengerusi Surau kerana bertugas sebagai bilal mewakili SMTT3i

Mohd Ikmal- menerima cenderahati sebagai bilal tarawikh surau al-amin

 Anwar juga menerima cenderahati sebagai bilal tarawikh

Sumbangan daripada pengerusi Surau Al-Amin kepada pengerusi SMTT3i.

Terima kasih kepada mereka yang menjayakan majlis khatam Al-Quran Surau Al-Amin ini.

Sunday, August 28, 2011

Sumbangan daripada Angkasa

 
Alhamdulillah, Rezeki kurniaan Allah tidak pernah putus2 semasa Ramadhan tahun ini. Ini adalah tahun pertama Ramadhan untuk SMTT3i yang berada di Surau Al-Amin. Sumbangan yang diberikan oleh Angkasa ini adalah sumbangan zakat mereka untuk anak2 yatim di Bandar Tun Razak, para pelajar SMTT3i, pihak surau dan pihak sekolah. 

Semoga Allah memberkati mereka dan menambahkan rezeki mereka. Majlis ini berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan para penerima sumbangan. Terima kasih atas kerjasama semua yang menjayakan majlis ini.  











Friday, August 19, 2011

ALLAH YA SALAAM

ASMAUL HUSNA: YA SALAM

Allah adalah As-Salam, bermakna Allah terhindar daripada segalayang kurang, segala aib dan kehancuran yang dialami oleh para makhluk. As-Salam juga bermaksud Yang Menyelamatkan orang-orang mukmin daripada seksaan. 

Dalam nama As-Salam terkandung makna Sumber Kedamaian Sejati, iaitu sumber yang sentiasa memancarkan air kepada semua makhluknya di dunia ini. Sumber ini juga merujuk kepada sumber yang tidak pernah kering selama-lamanya. Apabila kita mendekati sumber ini dan meminum airnya sepuas hati kita, kita akan merasai kesegaran yang luar biasa (rasa segar yang tidak pernah kita rasakan sebelum ini).

Dalam hidup kita sehari-hari, kita seringkali berhadapan dengan hal-hal yang tidak menyenangkan dan mengganggu rasa damai dan tenteram dalam jiwa kita. Sedangkan, kunci kejayaan hidup di dunia ini adalah fikiran yang tenang. Kita dituntut supaya benar-benar faham apa yang dapat kita lakukan dengan emosi kita. Apabila kita mengendalikannya, kita memiliki kekuatan. Apabila emosi mengendalikan kita, hasilnya seringkali mendatangkan malapetaka.

Oleh itu, Nabi berpesan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, ``Seorang Muslim yang bergaul dengan manusia dan sabar atas gangguan mereka adalah lebih baik daripada orang yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar dengan gangguan mereka.”

Dalam hadis lain yang diriwayatkan Tabrani, Nabi Muhammad S.A.W.: “Jangan kamu marah, nescaya kamu mendapat syurga”.

Rasa damai dan bahagia pada akhirnya kembali kepada kita sendiri. Kita sendiri perlu berusaha menggali potensi As-Salam yang sudah ditanamkan oleh Allah dalam diri kita dan menjadi fitrah diri kita kita. Hal ini disebabkan kita dijadikan daripada Zat Ilahi.

Dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari, “Orang-orang yang merasa dekat kepadaku, tidak hanya melakukan apa yang aku wajibkan kepada mereka, malah si hamba itu merasa dekat kepadaku dengan melaksanakan perbuatan-perbuatan nawafil (tambahan) hingga Aku pun mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang dengan itu dia mendengar; Aku menjadi penglihatannya yang dengan itu dia melihat; Aku menjadi lidahnya yang dengan itu dia berkata-kata, “ Aku menjadi tangannya yang dengan itu dia memegang; Aku menjadi kakinya dengan itu dia berjalan; dan Aku pula yang menjadi hatinya yang dengan itu dia bercita-cita.”

Cinta adalah sumber damai dan bahagia. Bagi mendapatkan cinta Allah, cintailah makhluknya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, “Allah tidak mencintai seseorang yang tidak mengasihi sesama manusia.” Justeru, ingatlah, apabila saudara membenci  sesama makhluk, bermakna saudara membenci Allah. Ingatlah hadis yang diriwayatkan  oleh Bukhari dan Muslim, “Iman seseorang belum sempurna selagi dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”.  

Monday, August 15, 2011

Gambar Sempena kehadiran MB Selangor

 Sampul sumbangan daripada YB MB Selangor kepada para pelajar SMTT3i

 Abu Hurairah menerima sumbangan daripada MB Selangor
 MB Sedang beramah mesra dengan penduduk sekitar yang hadir ke majlis tersebut

 Tuan Haji Mohamed, Pengerusi SMTT3i menghulurkan sedikit buah tangan kepada MB Selangor

 Ustaz Ahmad Muhaimin a.k.a Warden SMTT3i



Ustaz Faris beramah mesra bersama MB Selangor




Kelihatan para hadirin sedang mendengar ucapan daripada MB Selangor




Sunday, August 14, 2011

Sumbangan

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur pada Allah atas segala nikmatNya yang telah dilimpahkan kepada kita.Pada Bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah telah melimpahkan nikmat Nya yang tidak terhingga kepada kita semua. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, waktu asar pada hari ini, 14 Ramadhan 1432h Menteri Besar Selangor, YB Tan Sri Khalid Ibrahim telah sempat berjemaah dengan para jemaah di surau Al-Amin. Seusai solat asar, beliau menyampaikan ucapan sempena program mesra rakyat dan memberi sumbangan bubur lambuk kepada penduduk2 yang susah di sekitar perumahan Bandar Tun Razak. 

Beliau juga sempat menyampaikan sedikit saguhati kepada para pelajar SMTT3i dan pihak pentadbiran SMTT3i. Alhamdulillah. 
Selepas menyampaikan sumbangan dan bermesra dengan penduduk yang hadir di Surau Al-Amin, beliau bergerak pulang. 

Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan dan sumbangan yang diberikan oleh semua penderma kepada SMTT3i.

Gambar sekitar program akan di upload kemudian. Terima Kasih.

Tuesday, August 9, 2011

Sharing Ramadhan

RASULULLAH SAW BERSABDA:
"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"

Hadis : Mensyukuri nikmat
Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula."
Riwayat Tabrani

Huraian :
i) Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.

ii) Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.

iii) Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.

Monday, August 8, 2011

Tips RAMADHAN...


 Top 10 ProductiveMuslim advice for a Productive Ramadan

1. Have sincere intentions, work hard and make lots of dua for an ultimate productive Ramadan!

2. Plan Your day each day of Ramadan, the night before. Choose 3 important tasks you want to achieve the next day and record it in your diary or our ultimate taskinator!

3. Never EVER miss Suhoor, wake up at least 1 hour before Fajr and have a filling balanced meal.

4. Start working on your most important tasks right after Fajr and get at least 1 or 2 done.

5. Try to get an afternoon nap, not more than 20 minutes either just before Dhuhur or after Dhuhur.

6. Plan your Ramadan days (and life!) around Salah times, not the other way round!

7. BLOCK at least one-hour for reciting Quran each day.

8. Break Your Fast with Dates and Milk or Dates and Water, go pray Maghreb, then come back for a light meal.

9. Give lots of ‘Physical Sadaqah’; get involved in organising community iftars, charity drives, helping orphans..etc, earn rewards working for others.

10. Don’t miss an opportunity for Dawah! When someone asks you why you’re not eating, give them a beautiful explanation of Ramadan and Islam.


Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan kareem



Assalamualaikum wbr

Salam Ramadhan buat semua daripada kami warga SMTT3i. Semoga Ramadhan ini akan memberikan satu kesan positif kepada kita. Jadikanlah Ramadhan kali ini adalah yang terbaik daripada sebelum ini. InshaAllah dengan niat yang ikhlas beribadah hanya kerana Allah, ganjarannya akan Allah sediakan untuk kita semua. 

Sebaiknya, pertingkatkanlah amalan2 mulia dibulan mulia ini, kerana Allah menggandakan segala yang baik buat hambaNya. 

Para pelajar SMTT3i telah memulakan sesi tadarus bermula pada 1 Ramadhan dan mereka akan bercuti bermula pada 25 Ramadhan. Setiap hari diadakan majlis khatam Al-Quran selepas asar dan dihadiahkan bacaan Al-Quran tersebut kepada arwah-arwah yang telah diberikan nama oleh waris mereka. 

Sesi bacaan Al-Quran bermula seawal jam 6.30 pagi dan berakhir sebelum asar. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar. Tadarus Al-Quran ini dipantau oleh guru-guru yang mengajar di SMTT3i secara bergilir-gilir.  

Subjek akademik untuk bulan Ramadhan ini di tangguhkan sementara sempena menghormati bulan mulia ini untuk fokus kepada ibadah membaca Al-Quran. InsyaAllah akan disambung semula selepas sekolah dibuka selepas syawal kelak.