Monday, May 23, 2011

Terima kasih semua

Assalamualaikum wbr
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur kepada Allah Ar- Rafi' yang telah mengizinkan berjalannya Majlis Makan Amal Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i pada 21 Mei yang lepas. Sedikit ulasan mengenai hari kejadian. 

Bermula pada sekitar jam 8.00pagi, persiapan telah dibuat. Di bahagian dapur, tempat persembahan, bahagian jualan dan sebagainya. Pembahagian kerja telah diatur dengan baik hasil kerjasama semua ajk pelaksana. Alhamdulillah, para hadirin mula hadir di perkarangan Surau Al-Amin sekitar jam 10.30pagi dan menu utama iaitu nasi arab telah sampai pada sekitar jam 10 pagi. Mereka yang bertugas di bahagian pembahagian makanan telah menyusun menu yang telah disediakan. 

Pada hari tersebut terdapat 2 menu utama iaitu Kambing dan ayam. Para hadirin yang telah menempah awal untuk memilih lauk kambing diberikan menu yang diminta manakala jika mereka tidak menyatakan menu kambing, maka akan diberikan menu ayam. Alhamdulilah, tetamu datang tidak pernah putus sama ada yang telah menempah dan juga yang baru datang untuk membeli sambil menyumbang. Pihak urusetia terpaksa menempah lagi nasi arab tambahan sebanyak 60 bungkus kerana masih ramai yang berminat untuk membeli dan ada yang masih tidak dapat.

Semasa menempah sebelum hari kejadian, Pihak urusetia telah menempah sebanyak 400bungkus nasi arab. Nampaknya sambutan Majlis ini cukup meriah, terima kasih kepada tetamu yang hadir dan para urusetia yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. 

Program di dalam surau bermula pada lebihkurang jam 11pagi dengan ucapan aluan pengerusi majlis seterusnya bacaan doa oleh seorang pelajar SMTT3i iaitu adik Mohd Aliff Saufy Abd Rahman dan diikuti bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh 2 orang pelajar SMTT3i iaitu Mohd Asyraf Abd Rahman dan Mohd Aiman Hamidi. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi SMTT3i iaitu Tn.Haji Mohamed bin Saharudin dan seterusnya ucapan Mudir SMTT3i iaitu Ustaz Hj Azhar Bin Mohamed.

Majlis diceriakan dengan persembahan dari para pelajar iaitu bacaan sajak oleh adik Mohd Aiman Hamidi kemudian persembahan Coral Speaking oleh 6 orang pelajar yang bertajuk 'Friendship'. Kemudian diteruskan dengan persembahan nasyid yang diiringi oleh paluan kompang dari para pelajar. Nasyid yang bertajuk Selawat Nabi dan InsyaAllah. Selepas tamat semua persembahan, para tetamu di alu-alukan untuk menjamu selera.

Cara makan dalam dulang adalah sangat menarik kerana ia boleh mengeratkan ukhwah sesama keluarga dan sahabat handai. Kelihatan para tetamu yang hadir gembira kerana terdapat di kalangan mereka kali pertama makan bersama di dalam dulang. 

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun pihak urusetia perlu menempah lagi nasi arab walaupun sudah lewat. Namun ia memberikan satu kepuasan kepada semua urusetia kerana sambutan yang diberikan oleh para tetamu. Semoga Allah mengizinkan kami melaksanakannya lagi pada masa akan datang. Semoga usaha ini dikira sebagai satu amal jariah di sisi Allah. 

Akhir kata, mohon maaf andai terdapat kesilapan ketika majlis berjalan. Terima kasih atas kerjasama semua.

Friday, May 20, 2011

Ekspedisi Eksplorasi

Alhamdulillah. Pada 18 Mei 2011 baru-baru ini sebahagian pelajar SMTT3i telah dibawa melawat Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur berhampiran dengan Masjid Negara. Dengan menaiki 2 buah kereta dan 3 guru pengiring, seramai 7 orang pelajar telah dipilih untuk menyertai lawatan ini.

Bertolak daripada SMTT3i pada jam 10.45 pagi dan sampai sekitar jam 11.15 pagi di Muzium Kesenian Islam. Selepas pendaftaran percuma, para pelajar dibawa naik ke Tingkat 1 untuk menyertai pelbagai permainan IQ yang menarik dan ada hadiah yang disediakan.

Selepas itu, mereka meneroka pula Galeri Khas 2 yang menempatkan banyak koleksi artifak Islam pada zaman dahulu dari segenap negara di seluruh dunia.Mereka menyertai kuiz dan ada dikalangan mereka memperolehi hadiah daripada pihak penganjur.


 Inilah yang 7 orang itu...Dari belakang kiri: Amirul Akmal, Anwar, Aiman Hamidi, Syafiq. Depan dari kiri: Fahmi Izwan, Haikal dan Aiman Rashdan. 

 Permainan yang menguji memori dan permainan ini dimenangi oleh aiman rashdan dan syafiq. 
Tahniah!

 Permainan menyelesaikan puzzles...




 dimenangi oleh Izwan dan Anwar

 Mempelajari alat2 yang menghasilkan bahan2 yang unik

 Mereka sedang meneliti alat yang digunakan untuk memanggil hujan di Africa selatan

 Suasana di dalam Galeri Khas 2

 Masing2 tekun menjawab soalan Kuiz yang disediakan...






  Akhirnya mereka menang juga...Tahniah!

 Mempelajari tentang Elektronik


 Menerokai alam Fabrik...Memang menarik!






Semoga mereka yang telah pergi mengembara ilmu sains di sini mendapat pengalaman berharga dan ilmu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan lain.

Monday, May 16, 2011

Air Penawar dan Zikir Asmaul Husna

Alhamdulillah, pada minggu lepas, para guru dan pelajar SMTT3i telah pun selesai membacakan zikrullah daripada asmaul husna dan al-ma'thurat pada air mata air yang akan dijual untuk menampung kos operasi sekolah. Zikir dibacakan untuk menjadikan air mata air ini sebagai air penawar kepada sebarang penyakit. insyaAllah. Kami telah menerima banyak respon yang positif daripada mereka yang telah b'ikhtiar dengan air ini dan mereka mendapat kesembuhan daripada penyakit yang mereka hidapi dengan izin Allah.
 

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengedar air, bolehlah menghubungi saudara Muhammad Qayyum : 0105765334, atau emailkan kepada q_fathone@yahoo.com.my.







Bacaan zikir ini diketuai oleh timbalan mudir iaitu ustazah wan. Pada hari tersebut sebanyak lebih kurang 84 kotak air botol besar iaitu 1.5 liter telah dibacakan zikir dan sedia untuk dijual.

INFO MAKAN AMAL

Assalamualaikum wbr

MAJLIS MAKAN AMAL SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ TEKNOLOGI 3i

TARIKH: 21 MEI 2011 (SABTU)
MASA: 11.30 PAGI- 3.00 PETANG
TEMPAT: SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ TEKNOLOGI 3i
                JALAN IKHLAS 2, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, 56000 KUALA LUMPUR

Untuk Maklumat Lanjut, boleh hubungi:
Hj. Mohamed: 016-2953756 / 019-9476844
En. Muhammad Qayyum: 010-5765334

Beberapa gerai jualan akan dibuka sempena Majlis ini.

Friday, May 6, 2011

Majlis Makan Amal SMTT3i

Assalamualaikum wbr

Dengan Sukacitanya, pihak SMTT3i menjemput anda semua hadir ke Majlis Makan Amal anjuran Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i. Majlis Makan Amal ini adalah untuk mengumpul dana sekolah bagi membeli sebuah van untuk kemudahan pengangkutan para pelajar dan aktiviti sekolah.

Majlis Makan Amal ini diadakan di SMTT3i bermula jam 11.30pagi sehingga jam 2.00petang. Sesiapa yang berminat untuk hadir ke Majlis ini atau pun mempunyai niat untuk menyumbangkan sedikit dana untuk sekolah ini, boleh lah mendapatkan kupon daripada kami. Kami menyediakan Makan Amal ini dalam bentuk makan beramai-ramai dalam satu dulang. 1 dulang akan mempunyai 4 orang, dan 1 dulang berharga RM200. Jika anda datang seorang, anda boleh membayar sebanyak RM50. 

Jika berminat, boleh hubungi pihak sekolah:
Hj. Mohamed: 016-2953756/ 019-9476844
En.Qayyum: 010-5765334

Semoga usaha kita ini akan mendapat keredhaan ALLAH InsyaAllah..
Terima Kasih kerana membantu..