Tuesday, December 11, 2012

TAQWIM 1434H/2013



Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada ALLAH swt yang telah memberikan peluang untuk kita berkhidmat dan menjadi khalifahNya di bumi pada hari ini. Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik daripada semalam InsyaALLAH.

Sukacitanya pihak Tahfiz Madrasah Al-Amin ingin mengajak tuan/puan untuk sama-sama melakukan sedeqah jariah yang akan menjadi peneman kita di alam barzakh kelak. Kami telah mengeluarkan sebuah produk iaitu Taqwim Masihi & Hijri utk tahun 2013masihi dan 1434/1435 hijrah yang bertujuan untuk mengutip dana tahfiz. Taqwim ini memaparkan kawasan Tahfiz dan mempunyai tazkirah tentang sifat-sifat mahmudah & mazmumah serta lengkap dengan jadual cuti umum & khusus untuk memudahkan rujukan tuan/puan.

Harga sebuah kalendar ini ialah RM 10 sahaja dan untuk mendapatkannya boleh lah hubungi pihak sekolah di talian : 03-40106744 / 016-2953756. Semoga Allah merahmati & meredhai usaha tuan/puan untuk membantu meringankan kos operasi pihak tahfiz dalam mendidik anak-anak ini InsyaALLAH.

Wednesday, November 28, 2012

Lombong Emas Anda!!

Assalamualaikum wbr untuk para pembaca sekalian.

Moga kita sentiasa dalam REDHA & RAHMAT ALLAH hendaknya. Sesungguhnya orang yang paling bijak itu, orang yang selalu mengingati mati dan membuat persediaan untuk bertemu Yang Maha Esa Yang Dicintai. Lalu apakah persediaan kita untuk mati?bekalan kita sudah cukupkah? Marilah sama-sama kita muhasabah setiap hari dengan melihat beg bekalan kita ke alam akhirat nanti. Salah satu amalan yang berkekalan dan yang akan kita tuai di akhirat kelak ialah sedekah jariah. Justeru, kami pihak Tahfiz Madrasah Al-Amin ingin menawarkan anda jambatan yang mudah untuk anda melengkapkan bekalan akhirat anda. 

Pihak tahfiz akan menghantar 2 orang pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian mereka ke luar negara iaitu ke Afrika Selatan. InsyaAllah mereka akan memulakan pengajian mereka pada 18 JAN 2013. Sekarang kami sedang aktif memohon sumbangan daripada masyarakat untuk membantu menampung sedikit sebanyak perbelanjaan mereka ke sana. 

Untuk itu, kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan daripada semua pembaca dan penyokong tahfiz ini agar pelajar ini dapat melanjutkan pengajian mereka ke sana dan dipermudahkan oleh Allah urusan mereka. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan & saudara anda. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak Tahfiz Madrasah Al-Amin di talian: 03-40106744 / 013-7012058. Inilah masa anda untuk melombong emas anda!Cepatlah merebut peluang ini sebelum terlambat.

PENGAMBILAN BARU 2013

Assalamualaikum wbr


Alhamdulillah, kita telah diizinkan oleh Allah untuk hidup lagi sehingga tahun baru hijrah 1434 ini. Semoga tahun baru hijrah ini akan menjadikan kita lebih baik daripada tahun lalu InsyaAllah.

TAHFIZ MADRASAH AL-AMIN, CHERAS menawarkan pengambilan baru untuk sesi 2013. Pengambilan baru ini hanya dibuka untuk tingkatan 1 & lelaki sahaja. Temuduga akan dilakukan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Mana-mana yang ingin melihat sendiri keadaan Tahfiz ini, boleh lah ke alamat berikut: SURAU AL-AMIN, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, K.L
untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat sekolah di talian: 03-40106744.

Sesi Temuduga kemasukan baru 2013

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah wa syukru lillah atas segala nikmat kurnianya yang tidak pernah membiarkan kita dalam kesusahan.  Sesungguhnya ujian itu adalah nikmat bagi mereka yang merenunginya. Allah sangat sayang kepada hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur kepadaNya. Oleh itu, janganlah kita bersifat kedekut untuk memberi, sesungguhnya harta dunia yang disimpan itu akan memakan diri kita di akhirat kelak.

Dengan sukacitanya, Pihak pentadbiran Tahfiz Madrasah Al-Amin, Bandar Tun Razak akan memulakan sesi pengajian baru pada tahun hadapan. Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menuntut ilmu di sini. Oleh kerana salah satu syarat kemasukan ke tahfiz ini ialah lulus temuduga, maka sesi temuga akan diadakan.

InsyaAllah, sesi temuduga akan dijalankan bermula pada 10 Disember sehingga 20 Disember 2012 di tahfiz. Para ibubapa yang ingin memasukkan anak mereka ke tahfiz ini perlu menghantar anak mereka untuk ditemuduga oleh pihak tahfiz. Ibubapa perlulah membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir untuk temuduga. Untuk membuat temujanji, bolehlah menghubungi  nombor berikut:
016-2953756, 019-9476844, 0193301197, 013-7012058.

Dokumen yang perlu dibawa ialah sijil UPSR / UPSRA sahaja. Untuk itu, kami mengalu-alukan kehadiran semua yang berminat dan boleh lah disebar luaskan info ini. Terima kasih untuk kerjasama anda. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Wednesday, October 31, 2012

AIDIL ADHA 1433H

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah. Kita telah pun menyambut aidiladha tahun ini iaitu pada 10 ZulHijjah 1433h. Warga Tahfiz Madrasah Al-Amin mengharapkan semua para pembaca dapat mengambil hikmah, iktibar dan pengajaran daripada ibadah korban ini. Ia bukanlah semata-mata aktiviti menyembelih lembu, melapah daging, memasak dan sebagainya, bahkan ia lebih dari itu.

Mengungkap kisah silam Nabi Allah Ibrahim dan Ismail alaihumassalam, mereka melaksanakan arahan Allah tanpa ragu-ragu, dan mereka benar-benar ISLAM dalam erti makna menyerah dan yakin kepada Allah swt.

Melihat melalui mata hati, korban sebenar ialah korban hawa nafsu, kehendak dunia yang melekakan dan nikmat dunia yang melalaikan. Korban kan itu semua dalam diri kita, buang sejauh-jauhnya sifat-sifat mazmumah agar benih-benih yang subur dapat tumbuh dengan murni dalam diri kita.

Untuk makluman semua, Tahfiz bercuti sempena AidilAdha bermula pada 26 Okt - 4 Nov ini. Semoga AidilAdha tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun lepas.

Barokallahu lakum..

Friday, May 25, 2012

Lawatan sambil belajar ke SINGAPURA

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas nikmatnya yang masih berterusan untuk kita. Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i masih lagi beroperasi seperti biasa dengan bilangan pelajar setakat ini seramai 22 orang. Kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dan dana untuk pengajian anak-anak di sekolah ini. Terdapat di kalangan mereka daripada keluarga susah dan kurang berkemampuan dan kami mengharapkan sumbangan daripada mana-mana pihak yang sudi untuk menyara pengajian mereka sepanjang mereka di sini.

Alhamdulillah, baru-baru ini pada 18 Mei 2012, pihak SMTT3i telah mengaturkan satu lawatan sambil belajar untuk 9 orang pelajar dan seorang anak salah seorang kakitangan ke Singapura. Bertolak daripada SMTT3i Cheras pada jam 12.30 pagi mereka diiringi oleh 3 orang kakitangan sekolah. Mereka berhenti untuk Qiamullail, bersiap dan solat subuh di sebuah surau di Bandar Johor Bahru sekitar jam 5.00 pagi. Setelah selesai solat subuh, mereka terus bergerak ke Woodland untuk menyeberangi Tambak Johor seterusnya ke Bandar Singapura. 

Setelah menempuhi kesesakan lalulintas kerana bertembung dengan masa orang awam keluar bekerja dari Johor ke Singapura dan dari Singapura ke Johor akhirnya mereka sampai ke destinasi pertama iaitu Masjid Sultan. Ia dikenali sebagai salah satu masjid tertua di Singapura. Mereka sampai di sana sekitar jam 9.00 pagi, setelah menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat dhuha, mereka diberikan sarapan yang telah dibekalkan oleh kakitangan. 

Pada jam 10.00 pagi mereka dibawa keluar ke kedai cenderamata yang berhadapan dengan Masjid Sultan untuk membeli sedikit cenderamata untuk ahli keluarga. Sekitar jam 10.30 pagi mereka bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Badan Agama Radin Mas (BAPA). Ketibaan mereka pada jam 10.45 pagi disambut dengan meriah oleh kakitangan BAPA. BAPA adalah sebuah NGO Islam di Singapura yang menjalankan Sekolah Agama, Tahfiz dan Pendidikan Agama untuk orang kurang upaya. Cadangan awal daripada SMTT3i adalah untuk melawat Sekolah Tahfiz BAPA, akan tetapi para pelajar mereka sedang menduduki peperiksaan, jadi cadangan tersebut terpaksa dibatalkan buat lawatan kali ini. InsyaAllah, ada peluang lawatan seterusnya akan diberikan ruang untuk melawat Tahfiz tersebut. 

Selepas sesi taaruf, mereka diberikan taklimat oleh wakil BAPA mengenai latarbelakang dan aktiviti BAPA. Selepas sesi taklimat, mereka bertukar-tukar pandangan dan sesi soal jawab untuk lebih mengenali antara satu sama lain. 

SMTT3i yang diwakili oleh Ustaz Abd Latiff bin Abdul Haliff telah memberikan sedikit penerangan tentang keadaan SMTT3i serta sistem pendidikan yang telah dijalankan. Alhamdulillah, banyak pandangan, idea dan ilmu yang mereka dapat hasil daripada sesi perkongsian tersebut. Mereka kemudiannya dihidangankan makan tengahari yang menarik, iaitu nasi beriyani ayam resipi original dari Singapura. Selain itu, mereka juga diberikan kuih karipap yang terkenal di Singapura. Layanan yang diberikan oleh kakitangan BAPA sangat baik. 

Selesai makan, mereka semua bergerak untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Khalid yang terletak berhadapan dengan pejabat operasi BAPA. Selesai solat, mereka mengadakan sedikit sesi bergambar dan pertukaran cenderamata. Pihak SMTT3i mengalu-alukan sekiranya pihak BAPA berminat untuk melawat SMTT3i di Cheras, Kuala Lumpur. 

Sekitar jam 2.30 petang. Mereka bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Haji Muhammad Salleh dan Makam Habib Noh, antara masjid tertua juga di Singapura. Habib Noh adalah salah seorang ulama terkemuka di Singapura daripada Yaman. Setelah melakukan solat sunat tahiyatul masjid, mereka bergerak ke Esplaned dan Merlion Park untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. 

Sekitar jam 4.30 petang, mereka singgah solat asar di Masjid Annur di Woodland. Selesai urusan di Imegresan Singapura dan di Johor, mereka terus bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Sampai di SMTT3i sekitar jam 10.30 malam. Pihak SMTT3i mengharapkan para pelajar dapat mengambil pengajaran daripada perjalanan ini dan menambah ilmu serta pengalaman mereka. 

Di bawah ini ada disertakan sedikit gambar ketika melawat BAPA. 











Thursday, April 19, 2012

Menghantar Pelajar ke Surabaya (1)

Assalamualaikum wbr.

Bismillah walhamdulillah, dengan nikmat dan rahmat Allah yang dilimpahkan keatas kita. Pada 13 April baru-baru ini seramai 24 orang telah termasuk 2 orang pelajar yang akan menyambung pelajar di Pesantren Langitan telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya.

Suka saya berkongsi sedikit coretan, kenangan manis perjalanan kami menziarahi beberapa makam Wali Songo di sekitar Jawa Timur. Songo bermaksud Sembilan dalam bahasa Jawa. Iaitu, Sunan Ampel, Giri, Drajat, Kalijaga, Malik Ibrahim, Bonang, Kudus,Gunung Jati dan Muria. Kebanyakan mereka berketurunan dari Tanah Arab.

Bertolak menaiki kapal terbang air asia pada jam 6.10 petang dan mendarat di Surabaya pada jam 8.45malam waktu tempatan. Kami disambut dengan mesra oleh salah seorang ahli keluarga Ustazah Wan Samsiah yang telah belajar di sana selama 2 tahun bersama seorang rakannya(Fitri & Ikram). Selesai mengerjakan solat jama' ta'khir di lapangan terbang, kami terus dibawa menaiki bas ke Hotel yang berhampiran dengan Makam Sunan Ampel. 

Perjalanan sekitar 1 jam menyebabkan peserta semua keletihan dan lena di dalam bas. Sesampai di Hotel, pembahagian bilik terus dilakukan oleh urusetia 3i Marhalah Travel Sdn.bhd. Selepas itu, mereka dijemput untuk makan di cafe hotel tersebut. Menu yang menarik, masakan yang unik dan enak.

Perancangan untuk menziarahi makam Sunan Ampel yang berhampiran, sekitar 200meter pada malam itu ditunda pada pagi esoknya, 14April kerana semua peserta kepenatan. Namun, ada beberapa peserta yang berminat untuk pergi juga pada malam itu.

14 April 2012

Subuh masuk pada jam 4.00pagi, selepas sarapan enak yang disediakan hotel, iaitu mihun sup dan nasi lemak. Kami bergerak sekitar jam 7 pagi ke makam Sunan Ampel. Melawat beberapa lagi makam ulama' besar yang berdekatan iaitu Mbah Bonang dan Mbah Soleh.Kami sempat mengambil beberapa gambar kenangan di makam Sunan Ampel dan sekitarnya.Sedikit mengenai Sunan Ampel, diceritakan beliau adalah ketua dikalangan WaliSongo dan antara yang paling tua. Mereka ini kebanyakan mempunyai talian saudara sesama mereka. Sunan Ampel diberikan beberapa karamah dan kelebihan.

Sekitar jam 8.30pagi kami bergerak ke Pesantren Langitan. Pada jam 10.30 pagi, sempat kami singgah di Makam Sunan Giri yang terletak di puncak Bukit Giri. Bas mini tidak dibenarkan naik ke kaki bukit, jadi kami diberi peluang untuk menaiki kereta kuda. Satu kereta boleh dinaiki sehingga 4 orang dan bayarannya sebanyak 20ribu rupiah.Memang satu pengalaman yang menarik.Ada juga peserta yang merasai menaiki motor yang berharga 5ribu rupiah utk satu hala.

Di bawah ini ada sedikit gambar keadaan di sana. InsyaAllah akan disambung lagi coretan ini pada masa akan datang.

 
 
 Menaiki Kereta kuda untuk ke Sunan Giri


 Makam Mbah Soleh yang berhampiran Sunan Ampel. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di makam Sunan Ampel

 Bazar di Makam Sunan Ampel


Wednesday, April 11, 2012

Gotong Royong

Assalamualaikum wbr

Alhamdulilah. Hari ini adalah hari cuti umum bagi di Kuala Lumpur, sempena hari pertabalan agung. Pihak Kumpulan wanita Surau Al-Amin mengambil kesempatan cuti ini bagi membuat gotong-royong bersama-sama dengan pelajar SMTT3i. 

Bermula jam 8.30 pagi tadi, mereka sama-sama membersihkan keseluruhan kawasan surau. Alhamdulilah, berkat kerjasama semua, aktiviti ini berjalan lancar dan para pelajar semua kelihatan gembira apabila mereka dapat melakukan kerja gotong royong bersama-sama dengan warga Bandar Tun Razak. 

Pelbagai makanan dan minuman yang disediakan sempena gotong royong ini. Aktiviti ini habis sekitar jam 12 tengahari. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan gotong royong ini.

Tuesday, April 10, 2012

Perkhidmatan sewaan Van



Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah. Sentiasalah kita menjadi hamba yang bersyukur dengan sentiasa beribadah kepadaNya dalam bentuk ibadah umum mahupun khusus. Apa yang penting hendaklah ia sentiasa istiqamah.

SMTT3i dalam usaha membantu menyediakan platform untuk mentarbiyah anak-anak bakal generasi Al-Quran, sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak utk sama-sama mengambil bahagian dalam menambahkan bekalan akhirat kita InsyaAllah.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga cuba menawarkan beberapa perkhidmatan untuk menambah dana bagi menampung perbelanjaan sekolah. Antara perkhidmatan yang kami tawarkan ialah sewaan van.

Jenis van: URVAN NISSAN
- 14 seat termasuk pemandu
No.Plat: WVN 6424
Kadar sewaan sehari: RM 250
Van disewa tanpa pemandu.



Jika berminat, boleh lah hubungi pihak sekolah.
Pejabat: 03-40106744
Tn.Hj. Mohamed: 016-2965723

Mohon disebarkan. Moga usaha kita yang sedikit ini akan diterima oleh Allah. InsyaAllah.
Terima kasih

Tuesday, April 3, 2012

Sumbangan untuk pelajar ke Surabaya

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, lafaz yang patut kita lazimi dibibir kita dek kerana nikmat Allah Ar-Razzaq, Al-Wahhab yang tidak pernah lekang dalam kehidupan seharian kita. 

Alhamdulillah, InsyaAllah 2 orang pelajar yang akan dihantar melanjutkan pelajaran ke Pondok Pesantren Langitan di Widang Tuban Jawa Timur, Indonesia akan menerima sumbangan mereka daripada salah seorang individu yang dermawan pada khamis malam jumaat ini, iaitu pada 5 April 2012. 

Majlis penyerahan sumbangan itu akan diadakan selepas waktu Isyak. 

Semoga Allah akan membalas segala jasa mereka yang dermawan untuk membantu anak-anak ini melanjutkan pengajian dalam bidang agama. 


Thursday, March 29, 2012

Tawaran pekerjaan SMTTT3i

Assalamualaikum wbr.

Dengan sukacitanya dimaklumkan Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i menawarkan pekerjaan sebagai guru hafazan merangkap warden kepada mereka yang berminat dan layak.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai jawatan yang di tawarkan.

Hanya  lelaki sahaja
Berumur 20 tahun ke atas
Mempunyai sijil kelayakan hafazan
Mempunyai penampilan yang kemas
Berdedikasi dan bertanggungjawab

Mereka yang berminat boleh lah menghantarkan resume kepada email sekolah seperti berikut:
smtt3i.kl@gmail.com

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Tn.Hj. Mohamed: 016-2953756
Cikgu Laili: 013-7012058

MELUASKAN JARINGAN

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah Al-Kabiir, Al-Mutakabbir, Al-'Aliy kerana telah memberi peluang kepada SMTT3i untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. Setakat ini pembelajaran para pelajar berjalan lancar seperti biasa InsyaAllah.

Baru-baru ini pada 3 mac yang lalu, SMTT3i telah berjaya menganjurkan satu majlis makan amal untuk tujuan mengumpul dana bagi menampung kos operasi perjalanan sekolah ini. Alhamdulillah sambutan begitu menggalakkan dan majlis berjalan lancar. Terdapat gerai2 sampingan dibuka seperti gerai menjual CD dan buku-buku agama, pakaian, keropok dan kuih, tahfz Shoppe dan promosi pakej pelancongan oleh 3i Marhalah Travel Sdn.Bhd. 

Majlis tamat sekitar jam 3petang dan hampir 500 penyertaan yang diterima. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan kalian semua.

Kemudian, InsyaAllah pada 13April ini 2 orang pelajar daripada SMTT3i akan dihantar melanjutkan pengajian mereka ke Pesantren Langitan di Widang Tuban Jawa Timur, Indonesia. Mereka akan di taja yuran pengajian oleh individu dermawan yang sudi menaja mereka. Alhamdulillah. 

InsyaAllah selepas ini akan disusuli lagi program lanjutan pengajian pelajar dari sini ke merata-rata pusat pengajian ternama. Semoga Allah meredhai segala usaha kecil kita ini. 

Thursday, February 2, 2012

PEMBUKAAN RANGKAIAN SMTT3i di TEMERLOH

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, hanya kepada Allah selayaknya setinggi-tinggi syukur dilafazkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Memiliki semua kerajaan sama ada di langit mahupun di bumi. Dengan segala limpah dan rahmat Allah Al-Karim dapat lagi kita bernafas dan membaca post ini hingga ke saat ini. Alhamdulillah.

Dengan izin Allah Al-Qodir Al-Muqtadir, SMTT3i telah menubuhkan 1 lagi rangkaiannya yang kini beroperasi di Temerloh. Pendaftaran bermula pada 1 Feb 2012 dengan kehadiran seramai 5 orang sebagai permulaan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan mendapat sokongan penuh daripada ibubapa pelajar.



Sedikit taklimat disampaikan oleh Tn.Hj. Suhardiman dan Ust Abd Latiff kepada ibubapa dan pelajar selepas pendaftaran dilakukan. Kemudian diadakan sesi penyerahan pelajar kepada pihak sekolah.

Sekolah ini beroperasi di bawah pihak pentadbiran yang diketuai oleh Tn.Hj.Suhardiman dan dibantu oleh Ustaz Abd Latiff sebagai mudir. Pemantauan dari masa ke semasa dilakukan oleh pihak SMTT3i di Cheras, bertujuan untuk menyelaraskan aspek kurikulum.

Dalam masa yang sama ia bertujuan untuk dijadikan pusat anak yatim dan pondok moden. Untuk itu, sumbangan daripada tuan/puan amatlah dialu-alukan.
Boleh hubungi SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ TEKNOLOGI 3i AR-RASYIDIN.
LOT 2061, KG.PADANG LALANG,KM 8, JLN MARAN, 28000 TEMERLOH,PAHANG.
Tn. Hj. Suhardiman: 013-9356596 atau Ust Abd Latiff: 013-2007856

Kerjasama anda amatlah dihargai. Sekian.Terima kasih.