Wednesday, November 28, 2012

Lombong Emas Anda!!

Assalamualaikum wbr untuk para pembaca sekalian.

Moga kita sentiasa dalam REDHA & RAHMAT ALLAH hendaknya. Sesungguhnya orang yang paling bijak itu, orang yang selalu mengingati mati dan membuat persediaan untuk bertemu Yang Maha Esa Yang Dicintai. Lalu apakah persediaan kita untuk mati?bekalan kita sudah cukupkah? Marilah sama-sama kita muhasabah setiap hari dengan melihat beg bekalan kita ke alam akhirat nanti. Salah satu amalan yang berkekalan dan yang akan kita tuai di akhirat kelak ialah sedekah jariah. Justeru, kami pihak Tahfiz Madrasah Al-Amin ingin menawarkan anda jambatan yang mudah untuk anda melengkapkan bekalan akhirat anda. 

Pihak tahfiz akan menghantar 2 orang pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian mereka ke luar negara iaitu ke Afrika Selatan. InsyaAllah mereka akan memulakan pengajian mereka pada 18 JAN 2013. Sekarang kami sedang aktif memohon sumbangan daripada masyarakat untuk membantu menampung sedikit sebanyak perbelanjaan mereka ke sana. 

Untuk itu, kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan daripada semua pembaca dan penyokong tahfiz ini agar pelajar ini dapat melanjutkan pengajian mereka ke sana dan dipermudahkan oleh Allah urusan mereka. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan & saudara anda. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak Tahfiz Madrasah Al-Amin di talian: 03-40106744 / 013-7012058. Inilah masa anda untuk melombong emas anda!Cepatlah merebut peluang ini sebelum terlambat.

PENGAMBILAN BARU 2013

Assalamualaikum wbr


Alhamdulillah, kita telah diizinkan oleh Allah untuk hidup lagi sehingga tahun baru hijrah 1434 ini. Semoga tahun baru hijrah ini akan menjadikan kita lebih baik daripada tahun lalu InsyaAllah.

TAHFIZ MADRASAH AL-AMIN, CHERAS menawarkan pengambilan baru untuk sesi 2013. Pengambilan baru ini hanya dibuka untuk tingkatan 1 & lelaki sahaja. Temuduga akan dilakukan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Mana-mana yang ingin melihat sendiri keadaan Tahfiz ini, boleh lah ke alamat berikut: SURAU AL-AMIN, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, K.L
untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat sekolah di talian: 03-40106744.

Sesi Temuduga kemasukan baru 2013

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah wa syukru lillah atas segala nikmat kurnianya yang tidak pernah membiarkan kita dalam kesusahan.  Sesungguhnya ujian itu adalah nikmat bagi mereka yang merenunginya. Allah sangat sayang kepada hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur kepadaNya. Oleh itu, janganlah kita bersifat kedekut untuk memberi, sesungguhnya harta dunia yang disimpan itu akan memakan diri kita di akhirat kelak.

Dengan sukacitanya, Pihak pentadbiran Tahfiz Madrasah Al-Amin, Bandar Tun Razak akan memulakan sesi pengajian baru pada tahun hadapan. Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menuntut ilmu di sini. Oleh kerana salah satu syarat kemasukan ke tahfiz ini ialah lulus temuduga, maka sesi temuga akan diadakan.

InsyaAllah, sesi temuduga akan dijalankan bermula pada 10 Disember sehingga 20 Disember 2012 di tahfiz. Para ibubapa yang ingin memasukkan anak mereka ke tahfiz ini perlu menghantar anak mereka untuk ditemuduga oleh pihak tahfiz. Ibubapa perlulah membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir untuk temuduga. Untuk membuat temujanji, bolehlah menghubungi  nombor berikut:
016-2953756, 019-9476844, 0193301197, 013-7012058.

Dokumen yang perlu dibawa ialah sijil UPSR / UPSRA sahaja. Untuk itu, kami mengalu-alukan kehadiran semua yang berminat dan boleh lah disebar luaskan info ini. Terima kasih untuk kerjasama anda. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.