Saturday, June 22, 2013

Program persediaan ke Mesir & Makkah

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah wa syukru lillah...nikmat Allah yang banyak, memang wajib kita syukuri. Jadilah hamba yang bersyukur dan tidak kufur. Maahad Tahfiz Darul Azhar adalah satu sinergi baru dalam sistem pendidikan 3i untuk mendidik serta menjadikan para pelajar mengenal Allah sebenar-benarnya. Beberapa perubahan nama perlu dilakukan untuk melancarkan proses perjalanan sekolah agar selari dengan tujuan dan bentuk pendidikannya. 

Maahad Tahfiz Darul Azhar kini giat membuat persediaan pelajar yang akan dihantar ke Mesir dan Mekah. Dibawah 2 program berbeza, menempatkan pelajar di mesir dan talaqqi Al-Quran di Mekah di bulan Ramadhan ini. Program persediaan ke Mesir sudah pun bermula sejak Mei lalu sehingga sekarang manakala persediaan untuk ke Mekah pula akan bermula pada 28 Jun ini sehingga mereka berangkat ke Mekah nanti pada awal Ramadhan insyaAllah.

Seramai lebih kurang 20 orang pelajar akan ke Mesir pada bulan Ogos nanti manakala seramai lebih kurang 10 orang pelajar yang ditaja akan ke Mekah pada Ramadhan tahun ini. 


Banyak lagi program yang disusun untuk menyambut Ramadhan ini khususnya. Semoga semua perancangan ini akan berjalan lancar.

Bagi mereka yang ingin menyumbangkan dana & ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi nombor berikut: 03-4010 6744, atau boleh terus memasukkan sumbangan anda ke dalam akaun
Maahad Tahfiz Darul Azhar 142 5601000 3635.

Segala usaha anda walaupun kecil untuk membantu memartabatkan ISLAM InsyaAllah akan menjadi satu nilaian yang sangat besar dan berharga di sisi Allah. Terima kasih atas sokongan anda.