Monday, January 28, 2013

SEKITAR KEMASUKAN BARU 2013

Assalamualaikum wbr

Setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi kerana dengan nikmat Iman dan Islam yang dikurniakanNya, kita masih lagi mampu menghirup udara pada hari ini.

Alhamdulillah, Tahfiz Matrikulasi 3i mendapat nafas baru dengan lokasi, pelajar dan sistem pembelajaran yang lebih baik berbanding tahun-tahun lepas. Kami kini beroperasi di Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Bangunan yang disewa 2 tingkat ini mampu dijadikan asrama dan tempat belajar para pelajar tahfiz. 

Pendaftaran & kemasukukan pelajar baru untuk tahun 2013 telah diadakan pada 3 Januari lalu. Pelajar kini seramai 25 orang. Selepas sesi pendaftaran, diadakan taklimat untuk ibubapa dan pelajar. Seterusnya, para pelajar diberikan sedikit slot orientasi supaya mereka tidak merasa terasing dan dapat berkenalan sesama mereka.

Sekarang sistem pembelajaran tahfiz sedang bermula secara berterusan dan berperingkat dari masa ke semasa. Tahfiz Matrikulasi 3i menyediakan para pelajar untuk menyambung pelajaran mereka ke serata negara luar yang menawarkan pengajian agama. Selepas mereka mampu menghafal sebanyak 5 juzuk, InsyaAllah mereka akan dihantar untuk menyambung pengajian ke luar negara.

Semoga para pelajar ini mampu memikul tanggungjawab untuk menjadi penghafal Al-Quran kelak. Sama-sama kita mendoakan kejayaan Tahfiz Matrikulasi 3i ini. Di bawah ini adalah sedikit gambar sekitar pendaftaran dan taklimat pelajar baru 2013.