Sunday, February 20, 2011

Rehlah SMTT3i

 Aliff Daniel dan Daud yang tengah khusyu' makan..sebelah sana tu Naim..Makan jangan lupa baca doa..hehe...
 Ayah haji yang setia lead para pelajar untuk bersenam setelah buat beberapa kali pusingan di Taman Tasik Permaisuri...

 Ustazah Wan sedang mengisi kuey Tiaw untuk para pelajar..memang seronok sekali sekala sarapan di tasik. Terima kasih semua..Alhamdulillah...
 Dalam gambar kelihatan Syafiq sedang terima sarapan dari Ustazah, Fahmi Izwan menunggu, dan Azafiq tengah borak dengan Naim
Dari Kiri, Bukhary, Amir, Ashiq, Daniel, Daud...
Haikal pulak cari port yang paling jauh

InsyaAllah, ada kelapangan lagi kita akan datang lagi bersenam dan rehlah di Taman Tasik Permaisuri. Semoga Allah permudahkan perjalanan sekolah ini dari masa ke semasa.

Gambar Persembahan pertama SMTT3i...






Haa..inilah gambar program MaulidurRasul di Surau Al-Amin pada 19 Feb yang para pelajar tahfiz buat persembahan.....


Saturday, February 19, 2011

Persembahan pertama

Assalamualaikum wbr.

Alhamdulillah, dan Tahniah buat para pelajar SMTT3i kerana telah berjaya membuat persembahan pertama untuk program sempena Maulidur Rasul Surau Al-Amin, Bandar Tun Razak. Walaupun ada beberapa kesilapan teknikal yang kecil, ia tidak mencacatkan persembahan mereka. Biasalah tu, pertama kali duk depan hadirin di sekolah ni. Apapun, Tahniah. Gambar dan video rakaman nasyid tadi akan dimasukkan kemudian InsyaAllah..

InsyaAllah selepas ini banyak lagi jemputan yang menunggu. Tahniah dan terima kasih juga buat guru nasyid mereka. Cikgu Aizat daripada IPIK yang telah bertungkus lumus dan bekerja dengan penuh dedikasi dalam mendidik mereka untuk melakukan persembahan yang terbaik.Alhamdulillah. 
InsyaAllah sekarang SMTT3i dalam usaha untuk menjana ekonomi secara kecil-kecilan. SMTT3i ada mengeluarkan air bacaan Quran sebagai air penawar, selain itu mereka juga menjual makanan ringan, dan buku-buku agama. Kedai yang beroperasi di tingkat 2 Surau Al-Amin ini dinamakan TAFZ SHOP.
Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, dan lihat mereka menguruskan TAFZ SHOP ini..silalah kunjungi SMTT3i pada bila hujung minggu...





Sunday, February 6, 2011

Selamat kembali

Alhamdulillah...
Hari ni dah 6 Feb 2011, hari ahad. Ini bermakna semua pelajar-pelajar SMTT3i akan kembali ke sekolah mereka. Semoga mereka akan lebih bersemangat lagi untuk kembali meneruskan pengajian selepas ini. InsyaAllah ada beberapa perubahan menarik menanti mereka. Apapun, semoga mereka selamat sampai dalam perjalanan dari rumah ke sekolah.










Friday, February 4, 2011

Pengenalan

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, blog Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i telah dibangunkan.Selamat datang kepada anda yang baru mengenali kami.

Mulai sekarang, InsyaAllah, artikel dan hasil kerja para pelajar SMTT3i akan menghiasi laman blog ini. Semoga manfaat ini dapat dikongsi bersama.

Untuk makluman semua, pelajar yang ada di SMTT3i seramai 20 orang. InsyaAllah pada minggu hadapan akan bertambah lagi. Kami mohon doa daripada anda semua agar SMTT3i ini akan terus berjalan lancar serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Sokongan daripada anda dan para ibubapa amatlah kami harapkan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk dana pembangunan SMTT3i, bolehlah menghubungi pengerusi Sekolah di talian 016-2953756/ 019-9476844 (Hj. Mohamed) . Sumbangan ikhlas dari anda amat kami harapkan. Sebarang komen atau cadangan juga boleh disalurkan kepada kami.

InsyaAllah blog ini akan di update dari masa ke semasa. Terima Kasih.