Tuesday, February 26, 2013

PROGRAM BERTALAQQI DAN BERSANAD BERSAMA SHEIKH-SHEIKH AL-AZHAR MESIR



بسم الله الرحمن الرحيم 

PROGRAM BERTALAQQI DAN BERSANAD BERSAMA
SHEIKH-SHEIKH AL-AZHAR MESIR


            Setinggi-tinggi syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT diatas nikmatNya yang mengurniakan taufiq hidayah dan memberi kita ilmu kalam Allah sehingga kita dapat membaca Al-Quran yang suci lagi penuh hikmah denganNYA juga kita dapat mengenali jalan kesejahteraan dunia dan akhirat.

            Mencari kesempurnaan dalam menyebut setiap makhraj huruf dengan tepat dan betul adalah menjadi Fardhu Ain, membacanya dengan tartil serta bertajwid adalah satu kefardhuan. Memperdengarkan bacaan dihadapan guru yang ahli Quran bagi tujuan diperbetulkan mana-mana sebutan yang kurang tepat adalah satu proses belajar yang amat mulia.

            Pihak Tahfiz telah Berjaya menyediakan satu program kerjasama dengan Maahad   Al-Azhar, Mesir dimana beberapa orang sheikh akan datang untuk menjadi guru dan menyemak semula bacaan Al-Quran daripada kita. Yang paling utama adalah mereka terdiri daripada guru Al-Quran berbangsa arab yang memiliki sanad yang bertali dengan junjungan Nabi Muhammad SAW.

            Justeru itu kami mengalu-alukan dan mempelawa muslimin dan muslimat yang berminat untuk memurnikan bacaan di hadapan sheikh



Untuk keterangan lanjut hubungi:
Ustazah Hjh Wahidah                           019-947 6844   
Ustaz Hj Azhar                                      019-330 1197
 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment