Tuesday, April 3, 2012

Sumbangan untuk pelajar ke Surabaya

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, lafaz yang patut kita lazimi dibibir kita dek kerana nikmat Allah Ar-Razzaq, Al-Wahhab yang tidak pernah lekang dalam kehidupan seharian kita. 

Alhamdulillah, InsyaAllah 2 orang pelajar yang akan dihantar melanjutkan pelajaran ke Pondok Pesantren Langitan di Widang Tuban Jawa Timur, Indonesia akan menerima sumbangan mereka daripada salah seorang individu yang dermawan pada khamis malam jumaat ini, iaitu pada 5 April 2012. 

Majlis penyerahan sumbangan itu akan diadakan selepas waktu Isyak. 

Semoga Allah akan membalas segala jasa mereka yang dermawan untuk membantu anak-anak ini melanjutkan pengajian dalam bidang agama. 


1 comment:

  1. Alhamdulillah... moga anak-anak ini dimudahkan jalannya oleh Allah untuk menjadi pejuang agama Allah.

    ReplyDelete