Saturday, February 19, 2011

Persembahan pertama

Assalamualaikum wbr.

Alhamdulillah, dan Tahniah buat para pelajar SMTT3i kerana telah berjaya membuat persembahan pertama untuk program sempena Maulidur Rasul Surau Al-Amin, Bandar Tun Razak. Walaupun ada beberapa kesilapan teknikal yang kecil, ia tidak mencacatkan persembahan mereka. Biasalah tu, pertama kali duk depan hadirin di sekolah ni. Apapun, Tahniah. Gambar dan video rakaman nasyid tadi akan dimasukkan kemudian InsyaAllah..

InsyaAllah selepas ini banyak lagi jemputan yang menunggu. Tahniah dan terima kasih juga buat guru nasyid mereka. Cikgu Aizat daripada IPIK yang telah bertungkus lumus dan bekerja dengan penuh dedikasi dalam mendidik mereka untuk melakukan persembahan yang terbaik.Alhamdulillah. 
InsyaAllah sekarang SMTT3i dalam usaha untuk menjana ekonomi secara kecil-kecilan. SMTT3i ada mengeluarkan air bacaan Quran sebagai air penawar, selain itu mereka juga menjual makanan ringan, dan buku-buku agama. Kedai yang beroperasi di tingkat 2 Surau Al-Amin ini dinamakan TAFZ SHOP.
Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, dan lihat mereka menguruskan TAFZ SHOP ini..silalah kunjungi SMTT3i pada bila hujung minggu...





No comments:

Post a Comment