Showing posts with label pelajar. Show all posts
Showing posts with label pelajar. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Menghantar Pelajar ke Surabaya (1)

Assalamualaikum wbr.

Bismillah walhamdulillah, dengan nikmat dan rahmat Allah yang dilimpahkan keatas kita. Pada 13 April baru-baru ini seramai 24 orang telah termasuk 2 orang pelajar yang akan menyambung pelajar di Pesantren Langitan telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya.

Suka saya berkongsi sedikit coretan, kenangan manis perjalanan kami menziarahi beberapa makam Wali Songo di sekitar Jawa Timur. Songo bermaksud Sembilan dalam bahasa Jawa. Iaitu, Sunan Ampel, Giri, Drajat, Kalijaga, Malik Ibrahim, Bonang, Kudus,Gunung Jati dan Muria. Kebanyakan mereka berketurunan dari Tanah Arab.

Bertolak menaiki kapal terbang air asia pada jam 6.10 petang dan mendarat di Surabaya pada jam 8.45malam waktu tempatan. Kami disambut dengan mesra oleh salah seorang ahli keluarga Ustazah Wan Samsiah yang telah belajar di sana selama 2 tahun bersama seorang rakannya(Fitri & Ikram). Selesai mengerjakan solat jama' ta'khir di lapangan terbang, kami terus dibawa menaiki bas ke Hotel yang berhampiran dengan Makam Sunan Ampel. 

Perjalanan sekitar 1 jam menyebabkan peserta semua keletihan dan lena di dalam bas. Sesampai di Hotel, pembahagian bilik terus dilakukan oleh urusetia 3i Marhalah Travel Sdn.bhd. Selepas itu, mereka dijemput untuk makan di cafe hotel tersebut. Menu yang menarik, masakan yang unik dan enak.

Perancangan untuk menziarahi makam Sunan Ampel yang berhampiran, sekitar 200meter pada malam itu ditunda pada pagi esoknya, 14April kerana semua peserta kepenatan. Namun, ada beberapa peserta yang berminat untuk pergi juga pada malam itu.

14 April 2012

Subuh masuk pada jam 4.00pagi, selepas sarapan enak yang disediakan hotel, iaitu mihun sup dan nasi lemak. Kami bergerak sekitar jam 7 pagi ke makam Sunan Ampel. Melawat beberapa lagi makam ulama' besar yang berdekatan iaitu Mbah Bonang dan Mbah Soleh.Kami sempat mengambil beberapa gambar kenangan di makam Sunan Ampel dan sekitarnya.Sedikit mengenai Sunan Ampel, diceritakan beliau adalah ketua dikalangan WaliSongo dan antara yang paling tua. Mereka ini kebanyakan mempunyai talian saudara sesama mereka. Sunan Ampel diberikan beberapa karamah dan kelebihan.

Sekitar jam 8.30pagi kami bergerak ke Pesantren Langitan. Pada jam 10.30 pagi, sempat kami singgah di Makam Sunan Giri yang terletak di puncak Bukit Giri. Bas mini tidak dibenarkan naik ke kaki bukit, jadi kami diberi peluang untuk menaiki kereta kuda. Satu kereta boleh dinaiki sehingga 4 orang dan bayarannya sebanyak 20ribu rupiah.Memang satu pengalaman yang menarik.Ada juga peserta yang merasai menaiki motor yang berharga 5ribu rupiah utk satu hala.

Di bawah ini ada sedikit gambar keadaan di sana. InsyaAllah akan disambung lagi coretan ini pada masa akan datang.

 
 
 Menaiki Kereta kuda untuk ke Sunan Giri


 Makam Mbah Soleh yang berhampiran Sunan Ampel. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di makam Sunan Ampel

 Bazar di Makam Sunan Ampel


Tuesday, April 3, 2012

Sumbangan untuk pelajar ke Surabaya

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, lafaz yang patut kita lazimi dibibir kita dek kerana nikmat Allah Ar-Razzaq, Al-Wahhab yang tidak pernah lekang dalam kehidupan seharian kita. 

Alhamdulillah, InsyaAllah 2 orang pelajar yang akan dihantar melanjutkan pelajaran ke Pondok Pesantren Langitan di Widang Tuban Jawa Timur, Indonesia akan menerima sumbangan mereka daripada salah seorang individu yang dermawan pada khamis malam jumaat ini, iaitu pada 5 April 2012. 

Majlis penyerahan sumbangan itu akan diadakan selepas waktu Isyak. 

Semoga Allah akan membalas segala jasa mereka yang dermawan untuk membantu anak-anak ini melanjutkan pengajian dalam bidang agama. 


Thursday, March 29, 2012

MELUASKAN JARINGAN

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah Al-Kabiir, Al-Mutakabbir, Al-'Aliy kerana telah memberi peluang kepada SMTT3i untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. Setakat ini pembelajaran para pelajar berjalan lancar seperti biasa InsyaAllah.

Baru-baru ini pada 3 mac yang lalu, SMTT3i telah berjaya menganjurkan satu majlis makan amal untuk tujuan mengumpul dana bagi menampung kos operasi perjalanan sekolah ini. Alhamdulillah sambutan begitu menggalakkan dan majlis berjalan lancar. Terdapat gerai2 sampingan dibuka seperti gerai menjual CD dan buku-buku agama, pakaian, keropok dan kuih, tahfz Shoppe dan promosi pakej pelancongan oleh 3i Marhalah Travel Sdn.Bhd. 

Majlis tamat sekitar jam 3petang dan hampir 500 penyertaan yang diterima. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan kalian semua.

Kemudian, InsyaAllah pada 13April ini 2 orang pelajar daripada SMTT3i akan dihantar melanjutkan pengajian mereka ke Pesantren Langitan di Widang Tuban Jawa Timur, Indonesia. Mereka akan di taja yuran pengajian oleh individu dermawan yang sudi menaja mereka. Alhamdulillah. 

InsyaAllah selepas ini akan disusuli lagi program lanjutan pengajian pelajar dari sini ke merata-rata pusat pengajian ternama. Semoga Allah meredhai segala usaha kecil kita ini. 

Sunday, November 20, 2011

Cuti Sekolah November 2011

Alhamdulillah..

Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar SMTT3i. Mereka telah mula bercuti pada 17hb November dan akan kembali semula ke sekolah pada 28hb November. Kemudian mereka akan menghadiri kelas seperti biasa dan akan kembali bercuti pada hujung Disember nanti. Semoga mereka dapat memanfaatkan cuti ini dengan sebaiknya.

Semoga cuti ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Seperti biasa, mereka diingatkan agar menjaga hafalan dan membaca Al-Quran setiap hari agar Al-Quran sebati dalam kehidupan seharian mereka.

Monday, October 3, 2011

Majlis Jamuan Rumah Terbuka SMTT3i

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt kerana telah mengizinkan pihak SMTT3i melaksanakan  majlis rumah terbuka ini dengan lancar. Tahniah dan jutaan terima kasih buat semua yang telah banyak membantu melancarkan majlis ini. Walaupun kecil sumbangan kalian, tetapi ia melengkapkan antara satu sama lain. 

Majlis bermula sekitar jam 10 pagi. Majlis Pelancaran Tabung Dana Infrastruktur SMTT3i telah dirasmikan oleh penasihat SMTT3i, Dr. Wan Maseri bt Wan Mohd sekitar jam 12tengahari. Waktu yang paling ramai tetamu hadir ialah sekitar jam 12.30 tengahari. Kebanyakan tetamu yang hadir adalah ibubapa dan keluarga para pelajar serta warga sekitar Surau Al-Amin serta kakitangan 3i Group. 

Semoga majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Kemeriahan dan kemesraan terasa dengan bekerjasama dalam menjalankan majlis ini. Semoga kita semua dirahmati dan sentiasa di bawah bimbingan Allah. InsyaAllah.

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat diambil ketika majlis berlangsung.















Thursday, September 8, 2011

Sesi penyampaian cenderahati SMTT3i

 Alhamdulillah, pada 25 Ramadhan yang lalu, SMTT3i telah mengadakan majlis penyampaian cenderahati kepada kakitangan dan para pelajar. Dibawah adalah beberapa keping gambar ketika majlis berlangsung.








Majlis bermula selepas asar dan ditamatkan dengan majlis berbuka puasa bersama-sama. Selepas solat tarawikh para pelajar dibenarkan pulang bersama keluarga mereka. Mereka bermula cuti pada 26 Ogos dan akan kembali semula ke sekolah pada 11 September nanti.

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan kareem



Assalamualaikum wbr

Salam Ramadhan buat semua daripada kami warga SMTT3i. Semoga Ramadhan ini akan memberikan satu kesan positif kepada kita. Jadikanlah Ramadhan kali ini adalah yang terbaik daripada sebelum ini. InshaAllah dengan niat yang ikhlas beribadah hanya kerana Allah, ganjarannya akan Allah sediakan untuk kita semua. 

Sebaiknya, pertingkatkanlah amalan2 mulia dibulan mulia ini, kerana Allah menggandakan segala yang baik buat hambaNya. 

Para pelajar SMTT3i telah memulakan sesi tadarus bermula pada 1 Ramadhan dan mereka akan bercuti bermula pada 25 Ramadhan. Setiap hari diadakan majlis khatam Al-Quran selepas asar dan dihadiahkan bacaan Al-Quran tersebut kepada arwah-arwah yang telah diberikan nama oleh waris mereka. 

Sesi bacaan Al-Quran bermula seawal jam 6.30 pagi dan berakhir sebelum asar. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar. Tadarus Al-Quran ini dipantau oleh guru-guru yang mengajar di SMTT3i secara bergilir-gilir.  

Subjek akademik untuk bulan Ramadhan ini di tangguhkan sementara sempena menghormati bulan mulia ini untuk fokus kepada ibadah membaca Al-Quran. InsyaAllah akan disambung semula selepas sekolah dibuka selepas syawal kelak.


Monday, July 25, 2011

Majlis Gotong Royong, Pelancaran van, taklimat SMTT3i.

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, pada hari sabtu yang lalu 22 Julai 2011 telah di adakan satu gotong royong sempena menyambut Ramadhan bersama dengan AJK Surau Al-Amin. Kemudian disambung pula dengan majlis pelancaran Van baru SMTT3i yang akan digunakan untuk aktiviti pelajar seterusnya taklimat tentang SMTT3i oleh Penasihat SMTT3i Prof Madya Dr. Wan Maseri bt Wan Mohd. 

Gotong royong dijalankan bermula lebihkurang jam 8.00 pagi dan berhenti pada jam 10.30pg untuk memulakan majlis pelancaran van. Majlis itu disempurnakan oleh Penasihat SMTT3i oleh kerana Dato' Bandar tidak dapat hadir pada tarikh tersebut. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan disambung dengan taklimat sehingga jam 12.30tghari. 

Van tersebut di beli dengan menggunakan sumbangan orang ramai pada majlis makan amal yang telah di adakan tempoh hari.

Pihak SMTT3i mengucapkan terima kasih kepada  semua hadirin yang hadir pada majlis tersebut. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat bersama. Di bawah ini dilampirkan beberapa gambar sekitar majlis tersebut.





















Thursday, July 21, 2011

Gotong royong sekolah


Assalamualaikum wbr
Tuan/Puan

JEMPUTAN PROGRAM GOTONG-ROYONG ,MAJLIS PERLANCARAN VAN SEKOLAH DAN PENERANGAN MODUL SERTA KAEDAH PEMBELAJARAN SEKOLAH

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Saya ingin memaklumkan kepada ibubapa/penjaga, Surau Al-Amin dan Sekolah Menengah Tahfiz teknologi 3i akan menganjurkan program seperti lampiran dibawah.

Semua ibubapa/penjaga dijemput hadir demi kebaikan anak-anak dan semua pihak. Sebarang sumbangan juadah amat dialu-alukan. Ribuan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama yang telah diberikan.

LAMPIRAN



MASA
ATURCARA PROGRAM
(23 JULAI 2011)

7.30 – 9.30 AM
9.30 – 10.00 AM

10.00 – 10.30 AM
10.30 AM – 1.30 PM




·         Program gotong-royong – Sempena Ramadan Al-Mubarak
·         Majlis perlancaran Van Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i (SMTT3i) oleh Dato Bandar Kuala Lumpur
·         Minum Pagi
·         Majlis Penerangan Modul & Kaedah Pembelajaran SMTT3i oleh Profesor Madya Dr Wan Maseri Wan Mohd (Penasihat SMTT3i)


Yang Benar,


_________________________________________
HAJI MOHAMED  B HAJI SAHARUDIN
Pengerusi, Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i
No H/P: 0162953756/0199476844

Wednesday, July 6, 2011

Hasil Kerja Pelajar





 Ulasan tentang video
ulasan yang saya dapati daripada video yg saya tengok ialah : sahabat merupakan seorang yg penting dalam kehidupan  dan merupakan satu jasad dua jiwa .Jika kita tiada sahabat pasti hidup kita akan keseorangan  .dan hidup sebagai sahabat sangat lah susah , tatkala difitnah oleh sahabat sendiri ,tatkala di ejek oleh sahabat sendiri .oleh kerana itu bersiap sedia lah akan benda 2 itu. 

dari abu hurairah r.a.bahawa nabi muhammad pernah bersabda :tidak seseorang muslim pun yang tertimpa musibah kecelakaan,kesusahan, kesedihan, kesakitan mahupun kedukacitaan termasuklah tertusuk duri melainkan allah taala menebus dosa nya dengan apa yg menimpa nya itu . 

Dan jangan lah cepat berputus asa tatkala dilanda musibah . dia menawarkan manis di saat kamu merasakan pahit nya hidup . senyuman ikhlas dia memaniskan lagi hidup mu. menhulurkan tangan nya disaat kamu jatuh tidak mampu berdiri . dan sentiasa membimbing tangan mu ke arah kebaikan . dan bersabarlah tatkala dia memandang mu dngn hina . sesungguhnya allah bersama dngn orng 2 bersabar . dia yg bersahabat atas lebih mu akan pergi di saat kekuranganmu . dan seseorang sahabat itu tidak akan menyembuyikan kebenaran melainkan demi ketenangan hatimu . akn tetapi mengatakan yg sejujur nya melainkan pahit nya itu   membuatkan  sehingga ia menangis bahkan membenci mu . kamu harus siap untuk di benci dan bertahan dengan kesetianmu kerana itulah bukti ketelusan mu dan keikhlasan mu . Jagalah sahabat mu ,betapa bnyak orang yg mendambakan sahabat namun meraka gagal dalam pembinaan nya . 

dari abu hurairah r.a.bahawa raslullah s.a.w.bersabda : tiadalah harta itu berkurang kerana sedekah .allah tidak akan menambahkan kepada seseorang yg suka memaapkan melainkan kemuliaan .dan tiadalah seseorang yg merendahkan diri kerana ALLAH melainkan ALLAH akan mengangkat darjatnya. (hadis riwayat muslim)


*Ini adalah hasil Kerja salah seorang pelajar SMTT3i Adam bin Mohd Sobri.

Monday, June 6, 2011

Cuti sekolah

Assalamualaikum wbr


Alhamdulillah, hari ini para pelajar SMTT3i telah mula mengikuti kelas yang di adakan khas untuk cuti sekolah. Mereka diberikan cuti selama seminggu manakala seminggu lagi mereka akan menghabiskan masa di sekolah. Walaupun ada lagi beberapa orang pelajar yang masih belum hadir, kelas tetap berjalan dan pihak sekolah mengharapkan ibubapa dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah segera. 

Jadual khas yang diadakan sepanjang seminggu ini telah disusun dan pihak pentadbiran SMTT3i telah menjemput guru-guru pakar dari luar untuk mengajar para pelajar ini. 

Para ibubapa juga dibekalkan senarai semak aktiviti yang perlu dilakukan oleh anak-anak mereka ketika cuti selama seminggu tersebut. Ini untuk membantu para pelajar agar mereka tetap konsisten dengan amalan yang mereka lakukan di sekolah ketika di rumah. 
 


Monday, May 23, 2011

Terima kasih semua

Assalamualaikum wbr
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur kepada Allah Ar- Rafi' yang telah mengizinkan berjalannya Majlis Makan Amal Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i pada 21 Mei yang lepas. Sedikit ulasan mengenai hari kejadian. 

Bermula pada sekitar jam 8.00pagi, persiapan telah dibuat. Di bahagian dapur, tempat persembahan, bahagian jualan dan sebagainya. Pembahagian kerja telah diatur dengan baik hasil kerjasama semua ajk pelaksana. Alhamdulillah, para hadirin mula hadir di perkarangan Surau Al-Amin sekitar jam 10.30pagi dan menu utama iaitu nasi arab telah sampai pada sekitar jam 10 pagi. Mereka yang bertugas di bahagian pembahagian makanan telah menyusun menu yang telah disediakan. 

Pada hari tersebut terdapat 2 menu utama iaitu Kambing dan ayam. Para hadirin yang telah menempah awal untuk memilih lauk kambing diberikan menu yang diminta manakala jika mereka tidak menyatakan menu kambing, maka akan diberikan menu ayam. Alhamdulilah, tetamu datang tidak pernah putus sama ada yang telah menempah dan juga yang baru datang untuk membeli sambil menyumbang. Pihak urusetia terpaksa menempah lagi nasi arab tambahan sebanyak 60 bungkus kerana masih ramai yang berminat untuk membeli dan ada yang masih tidak dapat.

Semasa menempah sebelum hari kejadian, Pihak urusetia telah menempah sebanyak 400bungkus nasi arab. Nampaknya sambutan Majlis ini cukup meriah, terima kasih kepada tetamu yang hadir dan para urusetia yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. 

Program di dalam surau bermula pada lebihkurang jam 11pagi dengan ucapan aluan pengerusi majlis seterusnya bacaan doa oleh seorang pelajar SMTT3i iaitu adik Mohd Aliff Saufy Abd Rahman dan diikuti bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh 2 orang pelajar SMTT3i iaitu Mohd Asyraf Abd Rahman dan Mohd Aiman Hamidi. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi SMTT3i iaitu Tn.Haji Mohamed bin Saharudin dan seterusnya ucapan Mudir SMTT3i iaitu Ustaz Hj Azhar Bin Mohamed.

Majlis diceriakan dengan persembahan dari para pelajar iaitu bacaan sajak oleh adik Mohd Aiman Hamidi kemudian persembahan Coral Speaking oleh 6 orang pelajar yang bertajuk 'Friendship'. Kemudian diteruskan dengan persembahan nasyid yang diiringi oleh paluan kompang dari para pelajar. Nasyid yang bertajuk Selawat Nabi dan InsyaAllah. Selepas tamat semua persembahan, para tetamu di alu-alukan untuk menjamu selera.

Cara makan dalam dulang adalah sangat menarik kerana ia boleh mengeratkan ukhwah sesama keluarga dan sahabat handai. Kelihatan para tetamu yang hadir gembira kerana terdapat di kalangan mereka kali pertama makan bersama di dalam dulang. 

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun pihak urusetia perlu menempah lagi nasi arab walaupun sudah lewat. Namun ia memberikan satu kepuasan kepada semua urusetia kerana sambutan yang diberikan oleh para tetamu. Semoga Allah mengizinkan kami melaksanakannya lagi pada masa akan datang. Semoga usaha ini dikira sebagai satu amal jariah di sisi Allah. 

Akhir kata, mohon maaf andai terdapat kesilapan ketika majlis berjalan. Terima kasih atas kerjasama semua.

Friday, May 20, 2011

Ekspedisi Eksplorasi

Alhamdulillah. Pada 18 Mei 2011 baru-baru ini sebahagian pelajar SMTT3i telah dibawa melawat Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur berhampiran dengan Masjid Negara. Dengan menaiki 2 buah kereta dan 3 guru pengiring, seramai 7 orang pelajar telah dipilih untuk menyertai lawatan ini.

Bertolak daripada SMTT3i pada jam 10.45 pagi dan sampai sekitar jam 11.15 pagi di Muzium Kesenian Islam. Selepas pendaftaran percuma, para pelajar dibawa naik ke Tingkat 1 untuk menyertai pelbagai permainan IQ yang menarik dan ada hadiah yang disediakan.

Selepas itu, mereka meneroka pula Galeri Khas 2 yang menempatkan banyak koleksi artifak Islam pada zaman dahulu dari segenap negara di seluruh dunia.Mereka menyertai kuiz dan ada dikalangan mereka memperolehi hadiah daripada pihak penganjur.


 Inilah yang 7 orang itu...Dari belakang kiri: Amirul Akmal, Anwar, Aiman Hamidi, Syafiq. Depan dari kiri: Fahmi Izwan, Haikal dan Aiman Rashdan. 

 Permainan yang menguji memori dan permainan ini dimenangi oleh aiman rashdan dan syafiq. 
Tahniah!

 Permainan menyelesaikan puzzles...




 dimenangi oleh Izwan dan Anwar

 Mempelajari alat2 yang menghasilkan bahan2 yang unik

 Mereka sedang meneliti alat yang digunakan untuk memanggil hujan di Africa selatan

 Suasana di dalam Galeri Khas 2

 Masing2 tekun menjawab soalan Kuiz yang disediakan...






  Akhirnya mereka menang juga...Tahniah!

 Mempelajari tentang Elektronik


 Menerokai alam Fabrik...Memang menarik!






Semoga mereka yang telah pergi mengembara ilmu sains di sini mendapat pengalaman berharga dan ilmu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan lain.