Showing posts with label Admin. Show all posts
Showing posts with label Admin. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Tawaran pekerjaan SMTTT3i

Assalamualaikum wbr.

Dengan sukacitanya dimaklumkan Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i menawarkan pekerjaan sebagai guru hafazan merangkap warden kepada mereka yang berminat dan layak.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai jawatan yang di tawarkan.

Hanya  lelaki sahaja
Berumur 20 tahun ke atas
Mempunyai sijil kelayakan hafazan
Mempunyai penampilan yang kemas
Berdedikasi dan bertanggungjawab

Mereka yang berminat boleh lah menghantarkan resume kepada email sekolah seperti berikut:
smtt3i.kl@gmail.com

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Tn.Hj. Mohamed: 016-2953756
Cikgu Laili: 013-7012058

Thursday, February 2, 2012

PEMBUKAAN RANGKAIAN SMTT3i di TEMERLOH

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, hanya kepada Allah selayaknya setinggi-tinggi syukur dilafazkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Memiliki semua kerajaan sama ada di langit mahupun di bumi. Dengan segala limpah dan rahmat Allah Al-Karim dapat lagi kita bernafas dan membaca post ini hingga ke saat ini. Alhamdulillah.

Dengan izin Allah Al-Qodir Al-Muqtadir, SMTT3i telah menubuhkan 1 lagi rangkaiannya yang kini beroperasi di Temerloh. Pendaftaran bermula pada 1 Feb 2012 dengan kehadiran seramai 5 orang sebagai permulaan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan mendapat sokongan penuh daripada ibubapa pelajar.



Sedikit taklimat disampaikan oleh Tn.Hj. Suhardiman dan Ust Abd Latiff kepada ibubapa dan pelajar selepas pendaftaran dilakukan. Kemudian diadakan sesi penyerahan pelajar kepada pihak sekolah.

Sekolah ini beroperasi di bawah pihak pentadbiran yang diketuai oleh Tn.Hj.Suhardiman dan dibantu oleh Ustaz Abd Latiff sebagai mudir. Pemantauan dari masa ke semasa dilakukan oleh pihak SMTT3i di Cheras, bertujuan untuk menyelaraskan aspek kurikulum.

Dalam masa yang sama ia bertujuan untuk dijadikan pusat anak yatim dan pondok moden. Untuk itu, sumbangan daripada tuan/puan amatlah dialu-alukan.
Boleh hubungi SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ TEKNOLOGI 3i AR-RASYIDIN.
LOT 2061, KG.PADANG LALANG,KM 8, JLN MARAN, 28000 TEMERLOH,PAHANG.
Tn. Hj. Suhardiman: 013-9356596 atau Ust Abd Latiff: 013-2007856

Kerjasama anda amatlah dihargai. Sekian.Terima kasih.

Monday, December 5, 2011

Taklimat SMTT3i di Cheras

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, sehari lagi Allah mengizinkan kita hidup di atas muka bumiNya. Setinggi-tinggi syukur kepada ALLAH AL-Hayyi & Al-Muhyi.

Para pelajar hari ini sekali lagi diberi nikmat oleh Allah untuk berpuasa sunat. Puasa sunat pada hari ini adalah sempena 9 Muharram dan esok sehari lagi juga kita disunatkan untuk berpuasa. Alhamdulillah.

Untuk makluman semua, SMTT3i akan mengadakan 1 hari khas untuk sesi taklimat, termasuk pendaftaran dan sesi interview kepada mereka yang berminat. Maklumatnya adalah seperti berikut:
Tarikh: 31 Disember 2011
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SMTT3i, Surau Al-Amin, Jalan Ikhlas 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Manakalah untuk di SMTT3i Temerloh Maklumatnya adalah sama seperti yang telah saya post kan sebelum ini.

Kami mengalu-alukan kehadiran semua untuk kita sama-sama berkongsi perkara yang bermanfaat.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi no.telefon yang telah diberikan sebelum ini.

Terima kasih atas kerjasama semua
Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.

Sunday, November 20, 2011

Pendaftaran dibuka untuk 2012

Assalamualaikum wbr

Dengan sukacitanya dimaklumkan, pendaftaran Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i telah dibuka.
Pendaftaran terbuka untuk lelaki sahaja setakat ini. Tempat adalah terhad.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh datang ke pejabat SMTT3i beralamat: Surau Al-Amin, Jalan Ikhlas 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Boleh juga hubungi:
Tn.Hj. Mohamed: 016-295 3756
Ustaz Hj.Azhar: 019-330 1197

Sekolah Menengah Tahfiz Integriti 3i- Rangkaian SMTT3i juga telah dibuka pendaftarannya. maklumat lanjut blh  hubungi Tn.Hj. Suhardiman: 013-9356596 . Sekolah ini bertapak di Temerloh.

Sekian. Terima Kasih.

Cuti Sekolah November 2011

Alhamdulillah..

Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar SMTT3i. Mereka telah mula bercuti pada 17hb November dan akan kembali semula ke sekolah pada 28hb November. Kemudian mereka akan menghadiri kelas seperti biasa dan akan kembali bercuti pada hujung Disember nanti. Semoga mereka dapat memanfaatkan cuti ini dengan sebaiknya.

Semoga cuti ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Seperti biasa, mereka diingatkan agar menjaga hafalan dan membaca Al-Quran setiap hari agar Al-Quran sebati dalam kehidupan seharian mereka.

Tuesday, October 25, 2011

PENDAFTARAN BARU- SMTT3i RANGKAIAN TEMERLOH


Assalamualaikum wbr


Semoga kalian semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah hendaknya.

InsyaAllah, SMTT3i akan melebar luaskan jaringannya dengan membuka satu rangkaian pendidikan swasta di Temerloh.

Berikut adalah maklumat untuk Pendaftaran dan Taklimat:

TARIKH: 24 DISEMBER 2011 (Sabtu)

MASA: 10.00 Pagi

TEMPAT: Sekolah Menengah Tahfiz Integrasi 3i, Temerloh
Lot 2061, Kampung Padang Lalang, Jalan Maran,
28000 Temerloh, Pahang.

**Semua dijemput hadir.

Thursday, September 8, 2011

Sesi penyampaian cenderahati SMTT3i

 Alhamdulillah, pada 25 Ramadhan yang lalu, SMTT3i telah mengadakan majlis penyampaian cenderahati kepada kakitangan dan para pelajar. Dibawah adalah beberapa keping gambar ketika majlis berlangsung.








Majlis bermula selepas asar dan ditamatkan dengan majlis berbuka puasa bersama-sama. Selepas solat tarawikh para pelajar dibenarkan pulang bersama keluarga mereka. Mereka bermula cuti pada 26 Ogos dan akan kembali semula ke sekolah pada 11 September nanti.

Sunday, August 14, 2011

Sumbangan

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur pada Allah atas segala nikmatNya yang telah dilimpahkan kepada kita.Pada Bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah telah melimpahkan nikmat Nya yang tidak terhingga kepada kita semua. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, waktu asar pada hari ini, 14 Ramadhan 1432h Menteri Besar Selangor, YB Tan Sri Khalid Ibrahim telah sempat berjemaah dengan para jemaah di surau Al-Amin. Seusai solat asar, beliau menyampaikan ucapan sempena program mesra rakyat dan memberi sumbangan bubur lambuk kepada penduduk2 yang susah di sekitar perumahan Bandar Tun Razak. 

Beliau juga sempat menyampaikan sedikit saguhati kepada para pelajar SMTT3i dan pihak pentadbiran SMTT3i. Alhamdulillah. 
Selepas menyampaikan sumbangan dan bermesra dengan penduduk yang hadir di Surau Al-Amin, beliau bergerak pulang. 

Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan dan sumbangan yang diberikan oleh semua penderma kepada SMTT3i.

Gambar sekitar program akan di upload kemudian. Terima Kasih.

Monday, July 11, 2011

Surat Mohon Dana SMTT3i sempena Ramadhan Kareem...


Assalamualaikum wbr.

Kepada yang dihormati
____________________________                      Rujukan Kami:           /sp/smtt3i
____________________________                      Rujukan Tuan:
____________________________                      Tarikh             :   Julai 2011


MEMOHON SUMBANGAN DANA PENDIDIKAN SMTT3i

Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

Sempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi, saya mewakili pihak Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i (SMTT3i) ingin memohon jasa baik pihak tuan sekiranya dapat menghulurkan sebarang sumbangan dalam bentuk kewangan, makanan atau apa sahaja bentuk sumbangan untuk menampung kos operasi pendidikan pelajar-pelajar. Untuk makluman pihak tuan, SMTT3i mempunyai seramai 40 orang pelajar yang sedang menghafal Al-Quran disamping pelajaran agama dan akademik

Pihak kami juga amat mengharap kepada semua pihak yang ingin membayar zakat  bolehlah menyalurkan kepada pihak sekolah agar dapat dimanfaatkan sebagai satu asnaf pendidikan dan syiar agama Allah.

Semoga sumbangan pihak tuan dapat membantu memajukan sekolah ini  dan melahirkan pelajar yang menjadi khalifah Allah dan dengannya juga mudah-mudahan akan membawa keberkatan untuk kita semua. Bersama ini juga disertakan brosher sekolah dan borang tahlil 30 juzuk. Semoga Ramadan yang penuh keberkatan ini disambut dengan sebuah kesucian jiwa dalam mencari redha ALLAH S.W.T.

Sekian, Wassalam.

Yang Benar,

_____________________________
USTAZ HAJI AZHAR B MOHAMED
Mudir Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i
No H/P : 0193301197
PROF MADYA DR. WAN MASERI BT WAN MOHD
Penasihat Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i
No H/P : 0136302817

Borang Sumbangan untuk Bulan Ramadhan

 Assalamualaikum wbr.

Yang Di Rahmati ALLAH

Muslimin dan Muslimat






BACAAN AL-QURAN 30 JUZUK
Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang akan datang ini, Pihak sekolah 
InsyaALLAH akan menganjurkan majlis bacaan Al-Quran 30 juzuk dan tahlil 
arwah (setiap hari) untuk di hadiahkan pahala kepada arwah ahli keluarga. 
Program ini akan di kendalikan oleh guru-guru dan para pelajar hafiz Al-Quran.                                                                                                                                                                                                                                                             -                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Justeru itu, kami mengalu-alukan kepada muslimin dan muslimat yang ingin
berbuat kebajikan dan berbakti kepada arwah ibubapa dan ahli keluarga 
yang telah kembali kerahmatullah.    
                                 -                                                                                                                                                                                                                                                        Semoga dengan amal baik yang kita laksanakan akan memberi manfaat kepada mereka di alam penantian dan juga membuah segunung 
keberkatan buat kita semua insyaAllah.







NAMA ARWAH:
1.
2.
3.


NAMA  WARIS    
NO TEL
NILAI SUMBANGAN


Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi :





Hj Mohamed Saharudin
016 -2953756





Ustazah Wahidah 

019-9476844





Ustaz Azhar

019-3301197













































Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya
diturunkan (permulaan) Al-qur’an sebagai petunjuk bagi 
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan 
pembeda (antara yang haq dan yang bathil). 
Surah Al-Baqarah Ayat 185





















Friday, May 6, 2011

Majlis Makan Amal SMTT3i

Assalamualaikum wbr

Dengan Sukacitanya, pihak SMTT3i menjemput anda semua hadir ke Majlis Makan Amal anjuran Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i. Majlis Makan Amal ini adalah untuk mengumpul dana sekolah bagi membeli sebuah van untuk kemudahan pengangkutan para pelajar dan aktiviti sekolah.

Majlis Makan Amal ini diadakan di SMTT3i bermula jam 11.30pagi sehingga jam 2.00petang. Sesiapa yang berminat untuk hadir ke Majlis ini atau pun mempunyai niat untuk menyumbangkan sedikit dana untuk sekolah ini, boleh lah mendapatkan kupon daripada kami. Kami menyediakan Makan Amal ini dalam bentuk makan beramai-ramai dalam satu dulang. 1 dulang akan mempunyai 4 orang, dan 1 dulang berharga RM200. Jika anda datang seorang, anda boleh membayar sebanyak RM50. 

Jika berminat, boleh hubungi pihak sekolah:
Hj. Mohamed: 016-2953756/ 019-9476844
En.Qayyum: 010-5765334

Semoga usaha kita ini akan mendapat keredhaan ALLAH InsyaAllah..
Terima Kasih kerana membantu..








Sunday, February 6, 2011

Selamat kembali

Alhamdulillah...
Hari ni dah 6 Feb 2011, hari ahad. Ini bermakna semua pelajar-pelajar SMTT3i akan kembali ke sekolah mereka. Semoga mereka akan lebih bersemangat lagi untuk kembali meneruskan pengajian selepas ini. InsyaAllah ada beberapa perubahan menarik menanti mereka. Apapun, semoga mereka selamat sampai dalam perjalanan dari rumah ke sekolah.










Friday, February 4, 2011

Pengenalan

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, blog Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i telah dibangunkan.Selamat datang kepada anda yang baru mengenali kami.

Mulai sekarang, InsyaAllah, artikel dan hasil kerja para pelajar SMTT3i akan menghiasi laman blog ini. Semoga manfaat ini dapat dikongsi bersama.

Untuk makluman semua, pelajar yang ada di SMTT3i seramai 20 orang. InsyaAllah pada minggu hadapan akan bertambah lagi. Kami mohon doa daripada anda semua agar SMTT3i ini akan terus berjalan lancar serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Sokongan daripada anda dan para ibubapa amatlah kami harapkan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk dana pembangunan SMTT3i, bolehlah menghubungi pengerusi Sekolah di talian 016-2953756/ 019-9476844 (Hj. Mohamed) . Sumbangan ikhlas dari anda amat kami harapkan. Sebarang komen atau cadangan juga boleh disalurkan kepada kami.

InsyaAllah blog ini akan di update dari masa ke semasa. Terima Kasih.