Thursday, March 29, 2012

MELUASKAN JARINGAN

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah Al-Kabiir, Al-Mutakabbir, Al-'Aliy kerana telah memberi peluang kepada SMTT3i untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. Setakat ini pembelajaran para pelajar berjalan lancar seperti biasa InsyaAllah.

Baru-baru ini pada 3 mac yang lalu, SMTT3i telah berjaya menganjurkan satu majlis makan amal untuk tujuan mengumpul dana bagi menampung kos operasi perjalanan sekolah ini. Alhamdulillah sambutan begitu menggalakkan dan majlis berjalan lancar. Terdapat gerai2 sampingan dibuka seperti gerai menjual CD dan buku-buku agama, pakaian, keropok dan kuih, tahfz Shoppe dan promosi pakej pelancongan oleh 3i Marhalah Travel Sdn.Bhd. 

Majlis tamat sekitar jam 3petang dan hampir 500 penyertaan yang diterima. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan kalian semua.

Kemudian, InsyaAllah pada 13April ini 2 orang pelajar daripada SMTT3i akan dihantar melanjutkan pengajian mereka ke Pesantren Langitan di Widang Tuban Jawa Timur, Indonesia. Mereka akan di taja yuran pengajian oleh individu dermawan yang sudi menaja mereka. Alhamdulillah. 

InsyaAllah selepas ini akan disusuli lagi program lanjutan pengajian pelajar dari sini ke merata-rata pusat pengajian ternama. Semoga Allah meredhai segala usaha kecil kita ini. 

Thursday, February 2, 2012

PEMBUKAAN RANGKAIAN SMTT3i di TEMERLOH

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, hanya kepada Allah selayaknya setinggi-tinggi syukur dilafazkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Memiliki semua kerajaan sama ada di langit mahupun di bumi. Dengan segala limpah dan rahmat Allah Al-Karim dapat lagi kita bernafas dan membaca post ini hingga ke saat ini. Alhamdulillah.

Dengan izin Allah Al-Qodir Al-Muqtadir, SMTT3i telah menubuhkan 1 lagi rangkaiannya yang kini beroperasi di Temerloh. Pendaftaran bermula pada 1 Feb 2012 dengan kehadiran seramai 5 orang sebagai permulaan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan mendapat sokongan penuh daripada ibubapa pelajar.



Sedikit taklimat disampaikan oleh Tn.Hj. Suhardiman dan Ust Abd Latiff kepada ibubapa dan pelajar selepas pendaftaran dilakukan. Kemudian diadakan sesi penyerahan pelajar kepada pihak sekolah.

Sekolah ini beroperasi di bawah pihak pentadbiran yang diketuai oleh Tn.Hj.Suhardiman dan dibantu oleh Ustaz Abd Latiff sebagai mudir. Pemantauan dari masa ke semasa dilakukan oleh pihak SMTT3i di Cheras, bertujuan untuk menyelaraskan aspek kurikulum.

Dalam masa yang sama ia bertujuan untuk dijadikan pusat anak yatim dan pondok moden. Untuk itu, sumbangan daripada tuan/puan amatlah dialu-alukan.
Boleh hubungi SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ TEKNOLOGI 3i AR-RASYIDIN.
LOT 2061, KG.PADANG LALANG,KM 8, JLN MARAN, 28000 TEMERLOH,PAHANG.
Tn. Hj. Suhardiman: 013-9356596 atau Ust Abd Latiff: 013-2007856

Kerjasama anda amatlah dihargai. Sekian.Terima kasih.

Wednesday, December 28, 2011

Allah Al-Muhaimin






Ya Allah Ya Muhaimin Yang Maha  Memelihara. Dia memelihara hidup manusia
Daripada bahaya dan bencana. Dia memelihara manusia daripada
Tergelincir dari jalan kebenaran dan daripada mengikut bisikan syaitan serta
Memelihara hamba2 yang beriman daripada api neraka.


Menghayati sifat Al-muhaimin akan menjadikan seseorang cuba sedaya
Upaya memelihara kesejahteraan manusia lain agar manusia selamat dunia dan
Akhirat. Memelihara manusia lain daripada terpesong dari kebenaran dengan
Kerja2 da’wah.


Manusia harus memohon pemeliharaan daripada Allah daripada bencana dunia dan
Akhirat, Makhluq tidak mampu memelihara melainkan dengan pertolongan dan
Izin Allah Ya Muhaimin. Manusia harus bergantung penuh kepada Allah
Ya Muhaimin demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Saturday, December 17, 2011

Pengenalan Pra Tahfiz Teknologi 3i


Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, sehari lagi kita dapat bernafas dalam keadaan yang penuh sempurna, nikmat daripada Allah Al-Hayy. NikmatNya yang tak pernah putus untuk syukuri. Menyedari betapa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak untuk didedahkan dengan ilmu - ilmu Islam, maka pihak kami telah berusaha untuk menubuhkan satu pusat pendidikan kanak-kanak yang diberi nama Pra Tahfiz Teknologi Al-Wahidah.

Bakal bertapak di B28-1, Jalan Danau Lumayan 1, Danau Lumayan Biz Centre, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. 

Pra Tahfiz Teknologi Al-Wahidah di bawah kelolaan Three I akan mula beroperasi pada tahun hadapan.
Dengan membawa visi melahirkan generasi yang seimbang dari aspek spritual, intelektual, emosi dan fizikal melalui sistem pendidikan yang bersifat holistik dan global. 

Misi Pra Tahfiz ini adalah Melahirkan sahsiah unggul dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa bersumberkan sistem pendidikan Rabbani.

Melahirkan insan seimbang berteraskan prinsip 3i (Islam-Iman-Ihsan)

Mewujudkan suasana pembelajaran berasaskan sains dan teknologi terkini bagi merangsang kreativiti, inovasi dan daya cipta. 



InsyaALLAH, dengan doa kalian semoga usaha ini dapat berjalan dengan lancar. Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi nombor berikut:
019-947 8644
013- 701 2058
019- 336 7780

Monday, December 5, 2011

Taklimat SMTT3i di Cheras

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, sehari lagi Allah mengizinkan kita hidup di atas muka bumiNya. Setinggi-tinggi syukur kepada ALLAH AL-Hayyi & Al-Muhyi.

Para pelajar hari ini sekali lagi diberi nikmat oleh Allah untuk berpuasa sunat. Puasa sunat pada hari ini adalah sempena 9 Muharram dan esok sehari lagi juga kita disunatkan untuk berpuasa. Alhamdulillah.

Untuk makluman semua, SMTT3i akan mengadakan 1 hari khas untuk sesi taklimat, termasuk pendaftaran dan sesi interview kepada mereka yang berminat. Maklumatnya adalah seperti berikut:
Tarikh: 31 Disember 2011
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SMTT3i, Surau Al-Amin, Jalan Ikhlas 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Manakalah untuk di SMTT3i Temerloh Maklumatnya adalah sama seperti yang telah saya post kan sebelum ini.

Kami mengalu-alukan kehadiran semua untuk kita sama-sama berkongsi perkara yang bermanfaat.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi no.telefon yang telah diberikan sebelum ini.

Terima kasih atas kerjasama semua
Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.

Sunday, November 20, 2011

Pendaftaran dibuka untuk 2012

Assalamualaikum wbr

Dengan sukacitanya dimaklumkan, pendaftaran Sekolah Menengah Tahfiz Teknologi 3i telah dibuka.
Pendaftaran terbuka untuk lelaki sahaja setakat ini. Tempat adalah terhad.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh datang ke pejabat SMTT3i beralamat: Surau Al-Amin, Jalan Ikhlas 2, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Boleh juga hubungi:
Tn.Hj. Mohamed: 016-295 3756
Ustaz Hj.Azhar: 019-330 1197

Sekolah Menengah Tahfiz Integriti 3i- Rangkaian SMTT3i juga telah dibuka pendaftarannya. maklumat lanjut blh  hubungi Tn.Hj. Suhardiman: 013-9356596 . Sekolah ini bertapak di Temerloh.

Sekian. Terima Kasih.

Cuti Sekolah November 2011

Alhamdulillah..

Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar SMTT3i. Mereka telah mula bercuti pada 17hb November dan akan kembali semula ke sekolah pada 28hb November. Kemudian mereka akan menghadiri kelas seperti biasa dan akan kembali bercuti pada hujung Disember nanti. Semoga mereka dapat memanfaatkan cuti ini dengan sebaiknya.

Semoga cuti ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Seperti biasa, mereka diingatkan agar menjaga hafalan dan membaca Al-Quran setiap hari agar Al-Quran sebati dalam kehidupan seharian mereka.