Assalamualaikum wbr
Setinggi-tinggi
syukur kehadrat Ilahi kerana dengan nikmat Iman dan Islam yang
dikurniakanNya, kita masih lagi mampu menghirup udara pada hari ini.
Alhamdulillah,
Tahfiz Matrikulasi 3i mendapat nafas baru dengan lokasi, pelajar dan
sistem pembelajaran yang lebih baik berbanding tahun-tahun lepas. Kami
kini beroperasi di Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala
Lumpur. Bangunan yang disewa 2 tingkat ini mampu dijadikan asrama dan
tempat belajar para pelajar tahfiz.
Pendaftaran & kemasukukan pelajar baru untuk tahun 2013 telah diadakan pada 3 Januari lalu. Pelajar kini seramai 25 orang.
Selepas sesi pendaftaran, diadakan taklimat untuk ibubapa dan pelajar.
Seterusnya, para pelajar diberikan sedikit slot orientasi supaya mereka
tidak merasa terasing dan dapat berkenalan sesama mereka.
Sekarang
sistem pembelajaran tahfiz sedang bermula secara berterusan dan
berperingkat dari masa ke semasa. Tahfiz Matrikulasi 3i menyediakan para
pelajar untuk menyambung pelajaran mereka ke serata negara luar yang
menawarkan pengajian agama. Selepas mereka mampu menghafal sebanyak 5
juzuk, InsyaAllah mereka akan dihantar untuk menyambung pengajian ke
luar negara.
Semoga
para pelajar ini mampu memikul tanggungjawab untuk menjadi penghafal
Al-Quran kelak. Sama-sama kita mendoakan kejayaan Tahfiz Matrikulasi 3i
ini. Di bawah ini adalah sedikit gambar sekitar pendaftaran dan taklimat pelajar baru 2013.
No comments:
Post a Comment