Friday, May 10, 2013

BACAAN QURAN 30 JUZU' & TAHLIL ARWAH

Assalamualikum w.b.t
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Penyayang.


Semoga kita senantiasa dalam naungan cinta ALLAH AL WADUDD, dalam meneruskan kehidupan sebagai Hamba & Khalifah dimuka bumi ini. Maahad Darul Azhar InsyaALLAH akan membuat Bacaan Al-Quran 30 Juzu'/Tahlil Arwah di Masjidil Haram bagi yang berminat untuk sedekahkan pahala bacaan kepada arwah. 


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-40106744. Tarikh tamat hantar borang pada 24 Jun 2013 bersamaan 15 Sya'ban 1434H. Sumbangan/Derma boleh diberikan melalui akaun Bank Islam Maahad Darul Azhar 142 5601000 3635. Mohon dimaklumkan sumbangan/derma yang telah dibuat dan resit sumbangan/derma di emailkan.

Berikut adalah lampiran borang yang diedarkan. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh hubungi nombor di atas dan berikan email adress. Borang tersebut akan diemailkan kepada anda.

Mohon disebarkan peluang baik ini. Semoga kita semua  diredhai Allah. Terima kasih. 

Tuesday, March 5, 2013

SAHAM AKHIRAT

Assalamualaikum wbr

Syukur tidak terhingga kepada Allah Al-Muhyi, Al-Baasith, kerana telah memberi peluang untuk kita hidup lagi pada hari ini untuk mengabdikan diri kepadaNya serta diberikan kelapangan pada kita untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman di sini. Doa kami bersama anak-anak tahfiz 3i ini semoga anda semua sentiasa dalam pemeliharaan Allah Al-Haafizd Al-Muhaimin.

Alhamdulillah, Tahfiz Matrikulasi 3i melangkah setapak lagi kehadapan dalam usaha membina generasi Al-Quran yang celik hati dan mindanya InsyaAllah. Untuk misi menambah akaun akhirat kita di fasa pertama 2013 ini, kami ingin mengajak sahabat semua melabur dalam pakej mengumpul dana bagi membiayai 1 imarah 5 tingkat di Kaherah Mesir untuk dijadikan asrama pelajar-pelajar Tahfiz Al-Quran & pengajian ilmu-ilmu Islam di Al-Azhar. Kos bulanan sebanyak 10 000 LE bersamaan RM5000.

Seramai 25orang pelajar akan menduduki asrama tajaan kita bersama ini. Semoga dengan usaha kita yang kecil ini  kita akan sentiasa dihujani dengan Rahmat dari Allah jua. InsyaAllah..amiin..

Untuk itu, sebarang pertanyaan lanjut, boleh lah menghubungi:

Tn.Hj.Mohamed: 016-2953756 / 019-9476844
Ustaz Hj. Azhar: 019-3301197

Tuesday, February 26, 2013

PROGRAM BERTALAQQI DAN BERSANAD BERSAMA SHEIKH-SHEIKH AL-AZHAR MESIR



بسم الله الرحمن الرحيم 

PROGRAM BERTALAQQI DAN BERSANAD BERSAMA
SHEIKH-SHEIKH AL-AZHAR MESIR


            Setinggi-tinggi syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT diatas nikmatNya yang mengurniakan taufiq hidayah dan memberi kita ilmu kalam Allah sehingga kita dapat membaca Al-Quran yang suci lagi penuh hikmah denganNYA juga kita dapat mengenali jalan kesejahteraan dunia dan akhirat.

            Mencari kesempurnaan dalam menyebut setiap makhraj huruf dengan tepat dan betul adalah menjadi Fardhu Ain, membacanya dengan tartil serta bertajwid adalah satu kefardhuan. Memperdengarkan bacaan dihadapan guru yang ahli Quran bagi tujuan diperbetulkan mana-mana sebutan yang kurang tepat adalah satu proses belajar yang amat mulia.

            Pihak Tahfiz telah Berjaya menyediakan satu program kerjasama dengan Maahad   Al-Azhar, Mesir dimana beberapa orang sheikh akan datang untuk menjadi guru dan menyemak semula bacaan Al-Quran daripada kita. Yang paling utama adalah mereka terdiri daripada guru Al-Quran berbangsa arab yang memiliki sanad yang bertali dengan junjungan Nabi Muhammad SAW.

            Justeru itu kami mengalu-alukan dan mempelawa muslimin dan muslimat yang berminat untuk memurnikan bacaan di hadapan sheikh



Untuk keterangan lanjut hubungi:
Ustazah Hjh Wahidah                           019-947 6844   
Ustaz Hj Azhar                                      019-330 1197